Pengguna

Tuntutan Harta Perkahwinan Ke Atas Simpanan KWSP

Tuntutan Harta Perkahwinan (Matrimonial Asset) membolehkan KWSP mematuhi Perintah Mahkamah berhubung tuntutan Harta Perkahwinan ke atas simpanan KWSP bagi ahli bukan Islam. Simpanan ini akan dipindahkan ke akaun simpanan KWSP pemohon dan hanya boleh dikeluarkan apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia layak memohon.
  • Tuntutan Harta Perkahwinan hanya terpakai untuk pemohon bukan Islam sahaja.
  • Perintah Mahkamah perlu dikemukakan bersamasama permohonan.
  • Permohonan Tuntutan Harta Perkahwinan boleh dibuat dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh Perintah Mahkamah.

Syarat Pengeluaran

Anda boleh membuat pengeluaran simpanan daripada Tuntutan Harta Perkahwinan apabila membuat pengeluaran berikut:-

  • 55 tahun; atau
  • Meninggalkan Negara; atau
  • Hilang upaya; atau
  • Kematian.

Lain-lain

  • Anda atau waris anda tidak layak menerima Bantuan Hilang Upaya/Kematian sekiranya simpanan dalam akaun anda hanya terdiri daripada Tuntutan Harta Perkahwinan sahaja.
  • Anda boleh membuat penamaan bagi simpanan Harta Perkahwinan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP, sama ada melalui serahan di kaunter atau melalui pos.

a) Serahan di kaunter

Bagi serahan pendaftaran di kaunter, borang dan dokumen yang perlu dikemukakanadalah seperti berikut:-

  1. Borang KWSP AT(2) – (Borang Permohonan Tuntutan Harta Perkahwinan)
  2. Dokumen Sokongan (asal dan salinan fotostat bersaiz A4) iaitu:
    • Kad pengenalan Awam / MyKad; atau
    • Kad Pengenalan Polis/Tentera dan Surat Pengesahan Majikan yang menyatakan Nombor Polis/Tentera dan Nombor Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama.
    • Pasport bagi penerima bukan warganegara Malaysia.
    • Surat Perintah Mahkamah.

b) Serahan melalui pos

  1. Sekiranya serahan melalui pos, anda dikehendaki mengemukakan Borang Permohonan KWSP AT(2) yang telah lengkap berserta salinan dokumen dan disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan oleh KWSP.
  2. Sila pastikan semua salinan dokumen disahkan pegawai yang dibenarkan oleh KWSP.
  3. Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada:

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Beg Berkunci No. 220,
Jalan Sultan,
46720 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Tuntutan Harta Perkahwinan, hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau atau layari laman sesawang MyEPF di www.kwsp.gov.my.

Sumber : KWSP/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 29/September 2012

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button