Tip Penggunaan Berhemat

Berikut adalah beberapa tip sebagai panduan kepada pengguna untuk menjalani kehidupan yang lebih berhemat.
1) Membandingkan harga
Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belah yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti adalah sama.
2) Melihat risalah
Kebanyakan rumah di bandar sering menerima risalah daripada pelbagai pusat membeli belah. Buat perbandingan berdasarkan risalah-risalah tersebut untuk mendapatkan tawaran harga yang paling baik.
3) Berubahlah kepada barangan generik atau jenama pasar raya
Anda boleh berjimat antara 15% hingga 40% jika menggunakan barang generik atau jenama pasar raya besar. Biasanya kualiti barang generik dan barang berjenama tidak banyak perbezaannya.
4) Makan di rumah
Kurangkan makan di luar. Makan di rumah bukan sahaja murah tetapi lebih sihat.
5) Merancang pembelian
Sebelum membeli belah, sediakan senarai barangan yang ingin dibeli dan patuhi senarai tersebut.
6) Mengira kos seunit
Apabila membuat perbandingan harga, terutama buah-buahan dan sayur-sayuran serta barang yang berbungkus, buat pengiraan berdasarkan kos seunit.
7) Gunakan bakul
Jangan menggunakan troli, tetapi gunalah bakul. Ini boleh mengurangkan pembelian berdasarkan gerak hati kerana berat barang yang dibawa menyebabkan anda mengurangkan masa untuk melihat-lihat barang lain. Ini dapat mengurangkan pembelian.
8) Mengetahui sistem jualan
Anda perlu mengetahui bila kedai di tempat yang anda selalu membeli belah akan mengurangkan harga barangan yang akan tamat tempoh. Ambil peluang ini dan gunakan sebelum tarikh luput berakhir.
9) Menyemak resit dan jumlah keseluruhan
yang telah dibelanjakan di pasar raya Ini akan memastikan bahawa anda mengetahui apa yang dibelanjakan dibandingkan dengan bajet yang telah disediakan sebelum itu. Anda akan lebih berhati-hati semasa berbelanja. Anda juga boleh menyemak semula barang yang dibeli dengan resit untuk memastikan tiada kesilapan yang dibuat di kaunter pembayaran.
10) Membeli secara tunai
Ini adalah cara paling efektif untuk mematuhi bajet yang ditetapkan. Menggunakan kad kredit selalunya menyebabkan anda untuk berbelanja lebih.
11) Pandang bahagian rak atas dan bawah
Pasar raya selalunya menempatkan barang lebih mahal pada paras mata eseorang. Oleh itu, lihat barang yang sama pada rak yang di bahagian bawah atau atas yang harganya lebih murah.
12) Elakkan pembelian mengikut gerak hati
Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja lebih. Barang yang itempatkan di lokasi yang strategik seperti di kaunter pembayaran akan mempengaruhi anda untuk membeli mengikut gerak hati.
13) Bandingkan buah-buahan atau sayur-sayuran
siap dibungkus dan dijual secara lambak Bandingkan harga barang secara lambak denganharga barang yang dibungkus. Berhati-hati dan teliti sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada barang yang telah siap dibungkus.
14) Menanam sayur-sayuran sendiri
Banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh ditanam sendiri seperti cili, bendi, betik dan terung. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat berjimat, tetapi juga dapat makan makanan yang segar.
15) Membeli barang yang boleh diguna semula
Membeli barang yang boleh diguna semula sama seperti bateri yang boleh dicas semula atau barang yang bekasnya boleh diguna semula – anda hanya perlu membeli isian semula barangan tersebut (biasanya lebih murah daripada dibeli dengan bekas sekali).
16) Jimatkan elektrik dan air
Menutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan elektrik sebenarnya masih menggunakan elektrik walaupun telah ditutup. Tadah air hujan untuk kegunaan menyiram tanaman. Gunakan kaedah yang boleh mengoptimumkan penggunaan elektrik dan meminimumkan pembaziran air di rumah.
17) Penggunaan petrol
Jika anda dapat menggantikan beberapa perjalanan yang pendek kepada satu perjalanan yang panjang, anda akan dapat menjimatkan petrol dan masa perjalanan. Selenggara kereta anda dengan baik untuk mengoptimumkan penggunaan petrol.
18) Menggunakan pengangkutan awam
Jika ada peluang, gunakan pengangkutan awam. Ini akan mengurangkan penggunaan petrol, tol dan bayaran tempat letak kereta.
19) Prinsip 24 jam. Menunggu sehingga 24 jam sebelum membuat keputusan pembelian bagi barang yang sangat berharga
Ini perlu dilakukan terutamanya bagi barang yang sangat berharga ataupun didesak oleh jurujual. Untuk membeli, selalu katakan bahawa anda ingin pulang dan berfikir. Jangan sesekali mengambil keputusan pada masa itu juga. Selepas membuat keputusan dan fikir masak-masak, sekiranya memang berbaloi untuk membelinya, baharulah anda beli barang tersebut.
20) Kurangkan kemewahan
Lihat semula apa yang anda belanjakan. Bezakan antara keperluan dan kehendak anda. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan yang mewah dan barang yang memang anda tidak perlukan, terutamanya apabila ia memakan perbelanjaan yang besar.
21) Membawa bekalan makanan ke tempat kerja atau sekolah
Ini dapat menjimatkan perbelanjaan harian anda dan menjamin kehidupan yang lebih sihat.
22) Patuhi pada bajet yang ditetapkan
Bajet dapat membantu anda menentukan berapa banyak perbelanjaan yang dilakukan. Ia menyenaraikan semua aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangkakan untuk membantu anda membuat keputusan kewangan secara berhemat. Anda memerlukan bajet tidak kira sama ada pendapatan anda RM1,000 atau RM10,000 sebulan.
Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 24/April 2012