Pelan PenyimpananPenggunaPengurusan Kewangan

Tip Pengguna Mengenai Isu Perbankan

Baca terma dan syarat perjanjian dengan teliti

Anda perlu membaca dan memahami terma serta syarat perjanjian sesuatu produk, sama ada berkaitan pinjaman atau pelaburan terlebih dahulu, sebelum menandatangani sebarang dokumen yang berkaitan.

Tanggungjawab sebagai penjamin

Anda perlu memahami tanggungjawab dan kewajipan anda sebagai penjamin. Sebagai penjamin, anda terikat secara undang-undang untuk membayar balik pinjaman sekiranya peminjam tidak menjelaskan pinjaman tersebut.

Pendedahan maklumat kewangan

Jangan mendedahkan maklumat kewangan anda, seperti nombor akaun, nombor kad kredit, kata laluan  akaun dan sebagainya kepada pihak ketiga sama ada melalui telefon, e-mel atau mana-mana pautan di laman sesawang.

Transaksi di mesin ATM

Jangan membenarkan pihak ketiga melakukan transaksi di mesin ATM bagi pihak anda, walaupun orang yang dikenali seperti pasangan anda.

Transaksi kad kredit

Kad kredit hendaklah digunakan sebagai kemudahan membuat bayaran dan digunakan mengikut kemampuan. Selepas sebarang transaksi menggunakan kad kredit, pastikan jumlah yang dimasukkan adalah betul dan pastikan kad kredit yang dipulangkan adalah kepunyaan anda.

Penyerahan dokumen

Berwaspada sebelum menyerahkan salinan kad pengenalan atau pasport kepada pihak ketiga selain daripada institusi kewangan atau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda.

Kemudahan perbankan internet

Jangan terpedaya untuk membuka akaun kemudahan perbankan internet hanya untuk membolehkan anda menerima hadiah atau hadiah warisan daripada manamana pihak yang tidak dikenali. Ini merupakan satu cubaan penipuan! Jika anda telah berbuat demikian, segera hubungi dan laporkan kepada bank anda dan pihak polis untuk tindakan lanjut serta maklumkan kepada Bank Negara Malaysia.

Fungsi “memory cache”

Sila pastikan anda log keluar (log-out) secara sempurna selepas selesai menggunakan perbankan internet dan padamkan “memory cache” selepas sebarang transaksi dilakukan.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 36/April 2013

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button