Pengguna

Tip Mengurangkan Caj Pada Kad Anda

Anda boleh mengelak daripada dikenakan beberapa jenis caj tetapi masih boleh memperoleh kad kredit. Berikut adalah beberapa tip untuk merealisasikannya

  • Buat perbandingan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Lihat sekiranya terdapat pengecualian yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.
  • Jadikan pendahuluan wang tunai melalui kad kredit sebagai pilihan terakhir kerana faedah (caj kewangan) dan fi yang dikenakan sangat tinggi.
  • Bayar sebelum tarikh akhir penyata anda untuk mengelak daripada membayar faedah dan caj bayaran lewat.
  • Cuba langsaikan semua baki belum jelas untuk mengelakkan daripada membayar faedah. Ketahui akibat membayar hanya jumlah minima sepanjang masa.

Ilustrasi di bawah menunjukkan tempoh bayaran balik dan jumlah faedah yang dikenakan pada kadar maksimum, jika anda hanya membayar amaun minimum setiap bulan, iaitu 5% daripada baki belum jelas.

Seperti jadual di bawah, jika baki belum jelas ialah RM10,000, anda akan mengambil masa selama 7.3 tahun untuk menjelaskan keseluruhan hutang anda. Di samping ITU, anda juga terpaksa membayar RM 3,897 untuk bayaran yang pada awalnya hanya berjumlah RM 10,000.

  • Waspada terhadap sebarang perubahan kepada dasar dan kadar faedah.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 23/Mac 2012

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button