PenggunaPengurusan Kewangan

Tip Jimatkan Wang Semasa Anda Tidur

Ramai pengguna yang ingin menjimatkan wang dengan menggunakan pelbagai kaedah. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari bahawa penjimatan boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun ketika anda sedang tidur. Amalan penggunaan berhemat adalah salah satu langkah penjimatan yang juga dikenali sebagai “pendapatan pasif”. Pada awalnya, anda mungkin tidak percaya bahawa tip ini boleh berjaya. Namun ingatlah bahawa untuk mencapai matlamat kewangan terbaik, ia memerlukan keazaman dan kesungguhan.

a) Jimatkan wang dalam penggunaan elektrik

  • Tutup semua lampu semasa anda tidur dapat menjimatkan elektrik. Nyalakan lampu koridor atau di ruang hadapan rumah bagi tujuan keselamatan. Ingat, sila gunakan lampu yang cekap tenaga untuk langkah penjimatan yang berkesan.
  • Gunakan perakam waktu bagi peralatan elektrik anda seperti televisyen dan stereo. Anda tidak perlu membazirkan elektrik sekiranya anda tertidur semasa menonton TV.
  • Sekiranya anda menggunakan penghawa dingin, letakkan dalam mod tutup 1 jam atau lebih pada waktu jangkaan anda bangun tidur waktu pagi. Tutup penghawa dingin sekiranya ruang bilik anda telah sejuk seluruhnya. Penggunaan kipas adalah lebih menjimatkan elektrik anda.

b) Jimatkan wang dengan pemuliharaan

  • Sentiasa periksa kepala paip di rumah anda agar air tidak menitik setiap masa ataupun semasa anda tidur. Setitik air yang dibazirkan untuk setiap saat akan membazirkan kira-kira 1 liter air untuk setiap jam.
  • Simpan lebihan makanan malam anda di dalam peti sejuk agar tidak rosak. Sesetengah makanan kadangkala masih baik dan semakin sedap jika dipanaskan semula.
  • Gunakan semula baju tidur anda untuk lebih dari satu malam sebelum dicuci. Hindari menggunakan dalam tempoh yang lama kerana ia mungkin tidak bersih lagi.

c) Jimatkan wang dengan masa dan kesihatan

  • Tidur tepat pada masanya agar anda dapat bangun awal. Ia boleh mengelakkan anda daripada lewat ke tempat kerja atau menghadiri mesyuarat penting.
  • Pastikan anda selalu cukup tidur. Ia boleh membantu anda untuk kekal sihat dan cergas setiap masa. Sentiasa produktif dan tidak membazirkan wang serta masa dengan melakukan kesilapan-kesilapan kecil di tempat kerja.

Tiga tip di atas ini mungkin tidak memberi sumbangan yang besar, tetapi sekiranya diamalkan secara berterusan, ia akan memberi perubahan dalam kehidupan anda.

Sumber : Artikel Money Saving Tips/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 15/Julai 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button