Pengguna

Tidak Puashati dengan Bil Telefon

Saya merupakan pelanggan talian tetap di salah sebuah syarikat Telco. Baru-baru ini saya telah menerima bil telefon yang tidak dijangka, iaitu sebanyak RM500. Selama 2 tahun melanggan, ini merupakan pengalaman pertama kali menerima bil yang luar jangka. Bil tersebut mencatatkan saya telah menggunakan ‘Data Internet’ kira-kira RM400. Kebiasaannya, saya dikenakan caj bil sekitar RM100 sahaja sebulan. Bagaimana syarikat Telco mengenakan bil sebanyak itu, sedangkan saya tidak menggunakan telefon pintar yang boleh mengakses internet. Mohon tuan berikan nasihat berkenaan hal ini.

Terima kasih

Jawapan:

Perkara seperti ini seringkali berlaku kepada pengguna yang melanggan talian tetap. Sudah pasti timbul tanda tanya bagaimana seseorang itu tidak menggunakan telefon pintar ataupun ‘smartphone’ tetapi menerima bil yang tidak dilanggan.

Secara ringkasnya, hal ini terjadi disebabkan pihak Telco tidak mengemas kini sistem atau memberikan penyata bil yang salah kepada pelanggan. Oleh kerana terlalu ramai pengguna dan sistem pengebilan dilakukan secara automatik, syarikat Telco tidak dapat mengemas kini bil yang salah amaunnya itu dalam jangka masa yang pendek.

Anda dinasihatkan supaya menghubungi pihak telco yang dilanggani untuk membuat aduan supaya kekeliruan yang timbul dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Sekiranya, aduan anda tidak mendapat penyelesaian sewajarnya, anda boleh mengemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Forum Pengguna Malaysia (CFM), iaitu dua badan yang bertanggungjawab menerima aduan mengenai syarikat Telco, serta memantau dan mengawal selia industri Telco di Malaysi

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan SKMM, anda boleh melaporkan isu ini kepada Biro Pengaduan Awam (BPA), dengan menyatakan aduan anda kepada SKMM terhadap syarikat Telco tidak dikendalikan degan teliti.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 57/Januari 2015

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button