Pengguna

Termakan Pujuk Rayu Peniaga Jualan Langsung

Apakah hak pengguna sekiranya didatangi peniaga jualan langsung yang meminta pengguna membeli barangan dengan pelbagai pujuk rayu sehingga pengguna terpaksa membeli? Adakah akta atau undang-undang bagi jualan langsung yang perlu dipatuhi?

Pengguna dari Selayang.

Jawapan:

Menjadi kelaziman bagi peniaga atau wakil jualan langsung menggunakan pelbagai pujuk rayu untuk mempengaruhi pengguna membeli barangan mereka. Namun begitu, tidak boleh ada unsur paksaan.

Perniagaan jualan langsung tertakluk di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Beberapa peraturan perlu dipatuhi oleh wakil jualan langsung di bawah akta ini, iaitu:-

  1. Semua kontrak jualan langsung antara penjual dan pembeli bernilai RM300 dan lebih mesti dibuat secara bertulis, ditandatangani kedua-dua pihak dan mempunyai kenyataan bahawa kontrak tertakluk kepada tempoh bertenang selama 10 hari bekerja.
  2. Wakil jualan langsung hanya boleh bertandang pada hari dan masa tertentu dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hari bekerja.
  3. Wakil jualan langsung perlu menunjukkan kad kebenaran. Kad itu dikeluarkan oleh syarikat jualan langsung yang mengandungi nama dan alamat pemegang kad; nama, alamat dan nombor telefon syarikat yang mengeluarkan kad berkenaan, nombor lesen jualan langsung yang sah dan gambar pemegang kad.
  4. Jika pengguna membeli barangan melalui pesanan pos, dia berhak membuat pemeriksaan ke atas barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat bagi memastikan barangan atau perkhidmatan berkenaan sama seperti yang diiklankan.

Sebagai pengguna, anda haruslah menilai dan membuat pertimbangan yang bijak sebelum menandatangani mana-mana kontrak atau menerima mana-mana tawaran yang kelihatan menarik tetapi ia sekadar ‘indah khabar dari rupa’.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 62/Jun 2015

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button