Pelan PerlindunganPengguna

Takaful Motor (Bahagian 2)

Bagaimana saya membuat tuntutan?

Terlibat dalam kemalangan kenderaan bermotor

Peraturan am yang perlu anda ikuti ialah:-

  • Dapatkan maklumat terperinci berkaitan kemalangan seperti:-
    • nama dan alamat semua pemandu dan penumpang yang terlibat;
    • nombor pendaftaran, buatan dan model setiap kenderaan yang terlibat;
    • nombor lesen memandu pihak ketiga dan mengenal pasti takaful / insurans mereka; dan
    • nama dan alamat saksi seramai mungkin.
  • Ambil langkah untuk tidak memburukkan keadaan, seperti menghubungi polis / bomba dan melindungi bahagian yang tidak rosak.
  • Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
  • Beritahu pengendali takaful anda secepat yang mungkin, diikuti dengan pemberitahuan secara bertulis.
  • Hantar semua dokumen sokongan berserta dengan borang tuntutan yang lengkap dengan segera kepada pengendali takaful anda. Salinansalinan berikut biasanya diperlukan:-
    • laporan polis.
    • kad pengenalan pemandu.
    • lesen pemandu.
    • kad pendaftaran kenderaan.
    • cukai jalan.

Tuntutan yang melibatkan kerosakan kenderaan

  • Anda boleh membuat tuntutan ke atas sijil takaful anda sendiri jika anda mempunyai perlindungan komprehensif.
  • Hantar kenderaan yang rosak ke bengkel yang dibenarkan oleh pengendali takaful anda dan maklumkan kepada pengendali takaful dengan segera. Semak dengan pengendali takaful anda senarai bengkel yang dibenarkan.
  • Hantar Borang Laporan Kemalangan Kenderaan yang telah lengkap berserta dokumen sokongan dengan segera kepada pengendali takaful anda.
  • Beri kerjasama sepenuhnya dengan pelaras atau penyiasat tuntutan takaful.
  • Jangan beri arahan kepada bengkel untuk membaiki kenderaan anda sehingga mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali takaful anda.

Tuntutan yang melibatkan pihak ketiga

  • Ikut arahan yang sama seperti di atas.
  • Jangan buat sebarang pengakuan liabiliti kepada pihak ketiga dan / atau pihak lain.
  • Beritahu pengendali takaful anda tentang apaapa tuntutan pihak ketiga atau yang mungkin dibuat oleh pihak ketiga. Rujuk semua pihak ketiga dan wakilnya kepada pengendali takaful anda untuk semua perkara.

Tuntutan sebagai pihak ketiga

  • Beritahu pengendali takaful anda dan pengendali takaful / syarikat insurans yang anda tuntut.
  • Ikut semua arahan yang diberikan oleh pengendali takaful anda dan / atau pengendali takaful /syarikat insurans yang anda tuntut, dan hantar semua dokumen sokongan untuk mempercepat proses tuntutan.

Tuntutan melibatkan kecurian kenderaan anda

  • Buat laporan polis dengan serta-merta.
  • Beritahu pengendali takaful anda menerusi telefon dalam masa 24 jam selepas anda menyedari tentang kecurian tersebut, disusuli dengan penghantaran borang secara bertulis.
  • Ikut arahan-arahan yang diberikan oleh pengendali takaful anda dan beri kerjasama sepenuhnya semasa penyiasatan dijalankan terhadap tuntutan kecurian.

Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia

  • Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan pengendali takaful anda atau tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, maka anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan tersebut dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan.
  • Jika anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai, anda boleh menulis, sama ada kepada Bank Negara Malaysia atau pengantara insurans secara percuma. Walau bagaimanapun, bidang kuasa pengantara adalah terhad. Oleh itu, anda perlu menyemak dengan pegawai Unit Aduan pengendali takaful berkenaan tentang saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.
  • Sebagai alternatif, anda boleh mengemukakan kes anda ke mahkamah.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 37/Mei 2013

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button