Skip to toolbar
Pengurusan HutangPengurusan KewanganPerancangan Kewangan

Tahun 2011 Dan Celik Wang

Marilah kita bersama-sama menjadikan tahun 2011 sebagai tahun untuk mengutamakan komitmen bagi meningkatkan celik wang serta amalan kewangan kita. Keputusan kewangan yang lemah akan mengakibatkan hasil yang negatif.

Pengguna boleh mengumpulkan hutang kad kredit yang banyak sehingga sukar memperolehi pinjaman untuk membeli rumah, kereta atau pinjaman yang lain. Pengguna mungkin membayar premium insurans yang tinggi tetapi masih mendapat kadar perlindungan yang rendah. Pengguna mungkin tidak mempunyai tabungan yang mencukupi untuk menghadapi kecemasan dalam kehidupan mereka. Seterusnya, pengguna mungkin tidak mempunyai skim atau simpanan yang cukup untuk menghadapi persaraan mereka. Akhirnya mereka boleh menjadi mangsa kepada pelbagai skim penipuan.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), terdapat tiga sebab utama pengguna Malaysia menghadapi masalah dalam penyelesaian hutang:

  • Hilang kawalan terhadap penggunaan kad kredit
  • Perancangan kewangan yang lemah
  • Perbelanjaan perubatan yang tinggi (Sumber: The Star, 27/7/2010)

Menurut Bank Negara Malaysia, di peringkat makro, jumlah hutang isi rumah disebabkan oleh pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi seperti kad kredit, yang berjumlah RM 560.1 bilion pada 31 Ogos 2010, iaitu yang tertinggi dalam sejarah (TheEdge Malaysia, 22/11/2010).

Berdasarkan AKPK lagi, daripada jumlah 50,361 yang menyertai program pengurusan hutang agensi berkenaan, 74.3% daripadanya menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang rumah, kereta atau kad kredit (TheEdge Malaysia, 22/11/2010).

Kesan-kesan negatif ini akan mengurangkan kesejahteraan pengguna kerana mereka tidak dapat memenuhi keperluan asasi dan keselamatan mereka.

Maka, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna untuk menangani keadaan ini dan tidak terperangkap dalam masalah kewangan ini?

Pertamanya, pengguna harus membuat komitmen untuk memperuntukkan masa dan usaha bagi menangani keadaan ini. Jangan tunggu sehingga keadaan sudah terlambat.

Komitmen ini harus dibuat segera dan secara berterusan.

Di antara tindakan-tindakan konkrit yang boleh dibuat oleh individu adalah:

  • Mengawal selia dengan bertulis corak perbelanjaan anda.
  • Menetapkan matlamat kewangan untuk masa hadapan dengan memahami peringkat hayat kitaran hidup.
  • Menyediakan bajet bulanan.
  • Mengetahui nilai harta bersih anda.
  • Membaca buku/risalah tentang pengurusan kewangan.
  • Menghadiri bengkel atau latihan pengurusan kewangan.

Pengguna harus membuat komitmen untuk memperuntukkan masa dan usaha untuk menangani keadaan ini. Jangan tunggu sehingga terlau lambat.

Komitmen ini harus dibuat segera dan secara berterusan.

Marilah kita sebagai pengguna yang bertanggungjawab untuk menjadikan tahun 2011 sebagai tahun kita mengambil serius terhadap keadaan kewangan masa kini dan masa hadapan.

Sumber : The Star/ TheEdge Malaysia/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 9/Januari 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button