Pengguna

Soalan Lazim mengenai Pemindahan Dana melalui sistem GIRO Antara Bank atau IBG (Interbank GIRO)

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan strategi penentuan harga yang baharu bagi perkhidmatan pembayaran untuk menangani perbezaan harga antara kaedah pembayaran secara elektronik (e-pembayaran seperti perkhidmatan IBG) dengan kaedah pembayaran berasaskan kertas seperti cek. Di bawah penentuan harga yang baharu ini, fi untuk kaedah e-pembayaran akan dikurangkan bagi memberikan insentif kepada para peniaga dan pengguna untuk menggunakan kaedah pembayaran yang lebih cekap, manakala caj akan dikenakan ke atas cek sebagai mencerminkan kosnya yang lebih tinggi.

Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM) serta bank-bank ahli dan Bank Negara Malaysia telah menjalankan promosi kempen IBG ke seluruh Malaysia. Tujuan kempen tersebut adalah untuk meningkat kesedaran pengguna mengenai perkhidmatan perbankan dalam talian atau online banking, dengan tumpuan khusus kepada IBG.

Berikut adalah soalan lazim tentang IBG

1) Apakah bank yang menawarkan perkhidmatan IBG?

Pada masa ini terdapat 29 bank yang mengambil bahagian.

2) Bagaimana tansaksi IBG dilaksanakan?

Untuk pelanggan individu, terdapat tiga pilihan bergantung kepada bank yang berkenaan:

  • Pilihan 1 – perbankan Internet dan perbankan mudah alih
  • Pilihan 2 – di kaunter cawangan bank.
  • Pilihan 3 – di Mesin Juru Wang Automatik (ATM), yang terhad untuk perkhidmatan tertentu sahaja.

Untuk pelanggan korporat: Pemindahan wang boleh dibuat melalui perbankan internet atau pemindahan fail yang telah dipersetujui seperti CD atau disket atau sebarang kaedah elektronik yang diterima oleh bank berkenaan.

3) Adakah terdapat jumlah maksimum yang boleh dipindahkan melalui IBG oleh individu?

Di kaunter atau bergantung kepada bank, jumlah maksimum bagi setiap pemindahan ialah RM500,000, berdasarkan kepada jumlah dana yang terdapat dalam akaun pelanggan.

Melalui perbankan Internet – jumlah maksimum adalah RM10,000. Bagi pelanggan korporat, sila semak dengan bank anda kerana terdapat bank yang tidak menetapkan had bagi setiap pemindahan selagi pelanggan mempunyai dana yang diperlukan dalam akaun syarikat.

4) Bagaimana seseorang ingin menyelaraskan bayaran yang dibuat dan diterima melalui IBG?

Penerima boleh mendapat maklumat, seperti rujukan penerima, nama penghantar dan butiran pembayaran yang lain, bermula pada 1 April 2014 oleh kebanyakan bank. Maklumat ini akan dipaparkan dalam penyata akaun bank dan dalam talian sekiranya pengirim memasukkan maklumat ketika melakukan transaksi.

5) Adakah transaksi melalui internet dan IBG selamat?

Bank-bank telah melaburkan sejumlah wang yang besar dalam sistem IT bagi memastikan keselamatan dalam membuat transaksi dan akan melakukannya secara berterusan.

6) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan pengguna bertukar kepada e-pembayaran?

Untuk menggalakkan pengguna beralih kepada pembayaran secara elektronik, Bank Negara Malaysia telah mengenakan fi yang kos efektif bagi transaksi melalui e-pembayaran. Bagi yang membuat pembayaran melalui cek, mereka akan dikenakan yuran tambahan.

7) Apakah bayaran yang dikenakan untuk transaksi IBG berbanding cek?

  • Berkuat kuasa pada 2 Mei 2013, yuran transaksi IBG yang dilakukan secara dalam talian, sama ada, perbankan internet atau perbankan mudah alih,dikenakan maksimum sebanyak 10 sen. Untuk pelanggan korporat, bank-bank dibenarkan untuk mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan tambahan seperti yang dipersetujui.
  • Berkuat kuasa pada 1 April 2014, semua pengeluar cek dikenakan bayaran pemprosesan cek baharu sebanyak 50 sen bagi setiap transaksi. Yuran ini sebagai tambahan kepada 15 sen duti setem yang dikenakan bagi setiap keping cek.

8) Untuk transaksi perbankan internet dan IBG, bilakah wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun penerima?

Berikut adalah waktu pemindahan dan kesediaan dana bagi pemindahan wang:-

Bermula September 2013, kebanyakan bankbank akan memastikan sekurang-kurangnya dua (2) kitaran akan dikreditkan dalam masa 2 jam. Menjelang Februari 2014, 4 kitaran akan diperkenal dan masa kitaran akan dikreditkan dalam tempoh 2 jam.

9) Bolehkan saya memindahkan wang kepada mana-mana jenis akaun di bank yangberlainan?

Anda boleh melakukan pemindahan ke akaun milik anda sendiri atau akaun pihak ketiga di bank yang menyertai. Pemindahan wang IBG boleh dilakukan untuk akaun simpanan,  akaun  semasa, kad kredit dan akaun pinjaman.

10) Bolehkah saya menggunakan IBG untuk bayaran kad kredit dan pinjaman saya?

Boleh, melalui perbankan internet di kebanyakan bank.

11) Adakah IBG beroperasi selama 24 jam sehari?

Perkhidmatan IBG melalui perbankan internet atau perbankan mudah alih beroperasi 7 hari seminggu dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 malam (tengah malam). Walau bagaimanapun, proses pemindahan IBG hanya akan dilakukan pada hari bekerja. Sila rujuk soalan 8.

12) Adakah saya mempunyai pilihan lain sekiranya saya ingin memindahkan wang yang Lebih daripada RM10,000?

Sekiranya anda mempunyai wang lebih daripada RM10,000, anda perlu melakukan pemindahan pada hari berikutnya atau merujuk kepada bank masing-masing.

13) Adakah saya per lu membayar yuran perkhidmatan setiap kali saya membuat pemindahan wang?

Ya, anda dikenakan bayaran yuran perkhidmatan sebanyak 10 sen setiap kali anda membuat pemindahan wang melalui perbankan internet atau perbankan mudah alih.

14Bagaimana saya boleh memaklumkan penerima bahawa saya telah memindahkan wang ke dalam akaun?

Pemberitahuan akan dihantar kepada penerima jika:-

  • bank menyediakan ruang untuk mengisi maklumat, seperti alamat e-mel; dan
  • pembayar meletakkan alamat e-mel yang betul di ruang yang berkenaan.

Sumber : ABM/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 45/Januari 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button