Skim Perlindungan Nasional B40 (mySALAM)

Skim Perlindungan Nasional B40 atau mySalam ialah skim perlindungan kesihatan takaful percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu golongan B40 yang menghadapi penyakit kritikal. Seramai 3.7 juta individu berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun serta pasangan mereka, yang merupakan penerima skim Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH), adalah dilindungi di bawah skim mySalam secara automatik. Melalui dana permulaan sebanyak RM2 bilion, skim ini akan menawarkan perlindungan kesihatan selama lima tahununtuk kumpulan sasaran.
Perlindungan di bawah skim itu bermula pada 1 Januari 2019, manakala pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan beroperasi mulai 1 Mac 2019.
“Ia bagi meringankan beban pendapatan sepanjang menerima beban kumpulan sasaran disebabkan oleh kehilangan menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.”
Pendaftaran skim ini dilakukan secara elektronik melalui internet tanpa penggunaan kertas dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan untuk pengesahan kelayakan. Semua penerima yang layak di bawah skim ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Sebagai permulaan, skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Apakah Kelebihan mySalam?
- Jika anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai, seperti sakit jantung, kanser, alzheimer dan sebagainya, anda akan menerima bayaran sebanyak RM8,000 sekali dalam tempoh lima tahun tersebut.
- Jika anda menerima rawatan di hospital kerajaan, anda juga akan menerima bayaran sebanyak RM50 sehari (maksimum tuntutan 14 hari setahun bersamaan dengan nilai RM700 setahun). Ia bagi meringankan beban kumpulan sasaran disebabkan oleh kehilangan pendapatan sepanjang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.
Bagaimanakah Cara untuk Membuat Tuntutan?
- Penerima mySalam boleh melakukan tuntutan mereka menerusi portal mySalam dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang telah diimbas.
- Sebagai alternatif, tuntutan juga boleh difailkan secara langsung di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.
- Semua tuntutan yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen berkaitan dan disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan.
Bagaimanakah Cara untuk Menerima Tuntutan?
- Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH.
Bolehkah tuntutan dibuat jika disahkan menghidap penyakit kritikal dan mendapat rawatan di pusat perubatan swasta?
- Penerima mySalam boleh menyerahkan tuntutan mereka setelah mendapat pengesahan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal atau apabila mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan.
- Bagi penerima yang telah mendapat rawatan dan mengenal pasti penyakit daripada kemudahan perubatan swasta tetapi menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan juga layak membuat tuntutan.
- Setakat ini, mySalam tidak ditawarkan kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan sepenuhnya di pusat perubatan swasta.
Senarai 36 Penyakit Kritikal yang Menerima Bantuan mySalam
1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk | 13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian | 25. Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang |
2. Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari | 14. Kegagalan Hati Tahap Akhir | 26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan |
3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian | 15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir | 27. Sklerosis Multipel |
4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu | 16. AIDS Dengan Gejala Penuh | 28. Distrofi Otot |
5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih | 17. Hepatitis Viral Fulminan | 29. Kelumpuhan Anggota |
6. Pembedahan Otak | 18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu | 30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian |
7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal | 19. Pembedahan Injap Jantung | 31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu |
8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu | 20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah | 32. Penyakit Arteri Koronari Serius |
9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang | 21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang | 33. Strok / Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan |
10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan | 22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) | 34. Pembedahan Aorta |
11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari | 23. Hilang Keupayaan Bertutur | 35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk |
12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih | 24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian | 36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu |
Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 106/Februari 2019