Pengurusan Hutang
Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS)

SDRS MENYEDIAKAN
Bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdaya maju yang menghadapi masalah pembayaran pembiayaan perniagaan dengan institusi kewangan melalui proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan perniagaan tersebut.
Senario 1 | Senario 2 |
|
|
- Syarikat milik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham) dalam semua sektor.
- Memenuhi kriteria definisi PKS :
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang ; atau
- Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM 50 juta.
- PKS berdaya maju yang menghadapi masalah kewangan berikutan pembiayaan daripada institusi kewangan.
- Pembiayaan berkaitan dengan perniagaan sahaja.
- Perniagaan masih beroperasi.
Proses Permohonan
Bagaimana untuk memohon?
Borang permohonan SDRS boleh diperolehi dari :
- Institusi Kewangan Peserta (IKP)
- BNMLINK / Pejabat Wilayah BNM / Cawangan
- Laman sesawang www.smeinfo.com.my
*Perkhidmatan yang ditawarkan di bawah SDRS adalah PERCUMA
Sumber : Bank Negara Malaysia