Skip to toolbar
Pelan PerlindunganPengguna

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)

Satu lagi bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk kumpulan B40 ialah Skim Peduli Kesihatan atau PeKa B40. Skim ini diuruskan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (PHCorp), iaitu sebuah syarikat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apakah PeKa B40?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inisiatif ini memberi penekanan terhadap penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama antara sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi pada peringkat penjagaan kesihatan primer.

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Fakta Kesihatan Golongan B40

   

Empat manfaat PeKa B40

* Manfaat 2, 3 & 4 hanya diperoleh selepas saringan dijalankan.

** Senarai Kategori Bantuan Alat Perubatan:

  1. Sten untuk jantung
  2. Alat sendi tiruan
  3. Alat bantuanpendengaran
  4. Perentak jantung
  5. Prostesis dan implant untuk tulang belakang
  6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
  7. Kanta mata intraokular
  8. Alat terapi pernafasan dan pemekat oksigen
  9. Bantuan sokongan nutrisi
  10. Kerusi roda

*** Tertakluk kepada jarak hospital dari rumah

Syarat Kelayakan PeKa B40

  1. Anda mestilah merupakan individu yang layak menerima BSH.
  2. Umur anda atau ibu bapa anda mestilah 50 tahun dan ke atas.

Proses Saringan Kesihatan PeKa B40

  1. Untuk terima rawatan mudah sahaja. Anda boleh membuat semakan status kelayakan anda secara dalam talian melalui https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan.
  2. Setelah menyemak status kelayakan, anda boleh mengunjungi mana-mana klinik PeKa B40 yang mempunyai pelekat logo PeKa B40.
  3. Anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik PeKa B40 semasa lawatan kali pertama.
  4. Anda perlu hadir kali kedua untuk mendapatkan keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Sumber: pekab40.com/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 107/Mac 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button