Akta dan PerundanganPelan PerlindunganPenggunaPERKESO

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

Skim perlindungan bencana pekerjaan sendiri

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.
.

  1. Pengangkutan Barangan dan Makanan
  2. Pertanian
  3. Penternakan
  4. Perhutanan
  5. Perikanan
  6. Makanan
  7. Pembuatan
  8. Pembinaan
  9. Penjaja
  10. Premis Penginapan
  11. Perniagaan Online
  12. Teknologi Maklumat
  13. Pemprosesan Data
  14. Ejen
  15. Perkhidmatan Profesional
  16. Perkhidmatan Sokongan
  17. Kesenian
  18. Perkhidmatan Isi Rumah
  19. Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.
.

PERINCIAN SKIM

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

PEMBAYARAN CARUMAN

  • Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.
  • Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO .
  • Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).

>>>  Muat-turun Panduan Pembayaran Caruman Secara Online >>

PILIHAN CARUMAN
Bil. Pendapatan Bulanan Bayaran Caruman Bulanan Bayaran Caruman Setahun
1 RM1,050 RM13.10 RM157.20
2 RM1,550 RM19.40 RM232.80
3 RM2,950 RM36.90 RM442.80
4 RM3,950 RM49.40 RM592.80
FAEDAH
.
  • FAEDAH PERUBATAN
  • FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA
  • FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL
  • FAEDAH ORANG TANGGUNGAN
  • ELAUN LAYANAN SENTIASA
  • FAEDAH PENGURUSAN MAYAT
  • KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI / VOKASIONAL
  • FAEDAH PENDIDIKAN

 

Sumber: PERKESO

Artikel Berkaitan

Back to top button