Pelan Perlindungan

Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

A. Bantuan yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

B. Kemudahan Dan Keistimewaan Lain Kepada OKU Yang Disediakan Oleh Agensi Kerajaan

— Kementerian Pendidikan
a) Kemudahan Pendidikan

  • Menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui Program Pendidikan Khas.
  • Elaun sebanyak RM150 sebulan diberi kepada pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah.

— Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
a) Pembiayaan bantuan kewangan

  • Bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT), Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia KPT.
  • Pelajar sepenuh masa
    • Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian. Penerima biasiswa hanya layak menerima wang saku sahaja.
    • Kadar bantuan adalah wang saku RM300 sebulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5,000 setahun bagi kedua-dua bantuan tersebut. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5,000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar dan tidak akan dibawa ke hadapan.
  • Pelajar separuh masa / jarak jauh
    • Bantuan meliputi yuran pengajian sahaja dan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian, pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun.

b) Skim Pengecualian Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia

  • Universiti Terbuka Malaysia telah melancarkan Skim Pengecualian 75% Yuran Pengajian untuk golongan OKU yang memberi peluang kepada OKU untuk mengikuti pengajian sesuai dengan moto university ‘Universiti Untuk Semua’ dan ‘Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat’.

— Kementerian Kewangan / Lembaga Hasil Dalam Negeri
a) Pelepasan cukai pendapatan bagi anak kurang upaya yang belajar di IPT

  • Pelepasan diperluaskan kepada anak kurang upaya yang belajar di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf mengikut peringkat pendidikan seperti berikut:
    • Peringkat diploma dan ke atas di Malaysia; atau
    • Peringkat ijazah pertama dan ke atas di luar Malaysia
  • Dengan mengambil kira pelepasan sedia ada sebanyak RM5,000 untuk anak kurang upaya, ibu bapa akan layak mendapat pelepasan cukai berjumlah RM9,000.

b) Kemudahan dan Galakan pelepasan cukai pendapatan

  • Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU.
  • Pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibu bapa OKU.
  • Mulai 2005, pelepasan cukai diri sebanyak RM6,000 kepada OKU dan kepada pasangan OKU daripada RM3,000 kepada RM3,500.

c) Pengecualian 100% duti eksais ke atas kenderaan OKU

  • OKU yang mempunyai jenis ketidakupayaan fizikal / pertuturan / pendengaran tertentu
  • Memiliki lesen memandu yang sah
  • Kereta nasional sahaja (termasuk motosikal)
  • Kenderaan hendaklah dibeli daripada stok yang masih belum dibayar duti / cukainya
  • Tidak boleh pindah milik atau jual selama 5 tahun kecuali dengan kebenaran Kementerian Kewangan
  • Sebuah kereta setiap 5 tahun

d) Kemudahan alat ganti OKU

  • Pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU.

— Kementerian Pengangkutan
a) Pengecualian cukai jalan

  • Orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan.

b) Kemudahan pengangkutan awam

  • Perkhidmatan bas
    • Diskaun tambang sebanyak 25% bagi perkhidmatan bas ekspres.
    • Diskaun tambang sebanyak 50% bagi perkhidmatan bas henti-henti.
  • Sistem transit aliran ringan
    • Diskaun sebanyak 50% bagi laluan Ampang & Sri Petaling dan Kelana Jaya.
  • Perkhidmatan keretapi Tanah Melayu Antarabandar
    • Diskaun sebanyak 50% ke atas tambang perjalanan bagi semua kelas di setiap destinasi.
  • Perkhidmatan KTM Komuter
    • Diskaun sebanyak 50% ke semua destinasi.
  • Perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS)
    • Diskaun istimewa sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri.
  • Syarikat bas Transnasional
    • Konsesi 50% daripada harga tambang.

— Kementerian Wilayah Persekutuan
a) Kemudahan Perumahan

  • Kadar sewa rumah yang rendah kepada OKU yang menyewa rumah kos rendah atau rumah pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

— Syarikat Perumahan Negara

  • Potongan 20% harga pembelian rumah.

— Kementerian Kesihatan
a) Pengecualian bayaran rawatan perubatan

  • Dikecualikan daripada bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan:
    • OKU yang berdaftar dengan JKM
    • Wad kelas ketiga
    • Warganegara Malaysia sahaja

— Jabatan Tenaga Kerja
a) Dasar satu peratus pekerjaan dan peluang pekerjaan

  • Sektor Kerajaan: Kuota 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golong OKU.
  • Sektor swasta: Jawatankuasa Penggalakkan Pengajian Orang Cacat di sektor swasta telah mewujudkan satu garis panduan untuk pendaftaran dan penempatan kerja OKU bekerja di sektor swasta.

b) Sistem penempatan OKU

  • Perkhidmatan pendaftaran secara atas talian kepada majikan dan pencari kerja.

c) Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP – OKU)

  • SBGP – OKU adalah satu strategi kerajaan untuk ‘bantu OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan’ melalui pengembangan perniagaan mereka. Skim ini adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

— Jabatan Perkhidmatan Awam
a) Kemudahan pencen dan waktu kerja

  • Pencen terbitan kepada anak OKU penjawat awam yang telah meninggal dunia. Pencen ini diberikan sepanjang hayat kanak-kanak berkenaan.
  • Kakitangan perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak OKU dibenarkan bekerja mengikut ‘flexi-hours’ untuk menguruskan kebajikan anak mereka.

— Kementerian Dalam Negeri
a) Kemudahan pengecualian bayaran membuat MyKad, carian sijil kelahiran atau sijil kematian dan dokumen perjalanan

  • Jabatan Pendaftaran Negara memberi pengecualian kepada OKU untuk membuat MyKad yang hilang dan pengurangan atau pengecualian bayaran bagi kes daftar lewat kelahiran dan membuat MyKad.
  • Jabatan Imigresen memberi pengecualian bayaran kepada semua golongan OKU bagi membuat pasport untuk urusan ke luar negara.

— Telekom Malaysia
a) Kemudahan telekomunikasi dan multimedia

  • Bayaran sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman dikecualikan.
  • Panggilan kepada Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103) tidak dikenakan caj.
  • Percuma untuk perkhidmatan telefon kemudahan tambahan.
  • Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
  • Perkhidmatan pakej internet – RM45 hingga RM148 bergantung kepada kelajuannya.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 60/April 2015

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button