Pengguna

Salah Laporan Mengenai Ringgit

Kenyataan ini dibuat susulan daripada beberapa laporan media yang kurang tepat dan mengelirukan berkaitan dengan Bank Negara Malaysia mengenai faktor-faktor yang menjadi penyebab turun naik kadar pertukaran Ringgit.

Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa pergerakan semasa nilai Ringgit dipengaruh oleh perkembangan global dan dalam negeri. Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berhubung dengan dasar monetari bank-bank pusat utama serta trend harga minyak mentah dan gas.

Faktor-faktor dalam negeri, termasuklah kebimbangan terhadap entiti berkaitan kerajaan dan isu berkaitan penarafan. Ketidakpastian terhadap mana-mana isu ini telah menyebabkan turun naik nilai Ringgit. Sungguhpun perkembangan di luar negeri adalah di luar kawalan mana-mana ekonomi yang bersifat terbuka, namun segala usaha perlu diambil untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu dalam negeri yang sedang dihadapi oleh ekonomi negara. Apabila isu-isu tersebut diselesaikan, prestasi ringgit dijangka kembali selaras dengan asas-asas ekonomi dan prospek pertumbuhan negara yang kukuh.

Bank Negara Malaysia kekal fokus terhadap peranan dan mandatnya dalam memelihara kestabilan monetari dan kewangan serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan. Bank Negara Malaysia tidak pernah dan tidak akan terpengaruh oleh agenda politik tetapi akan terus melaksanakan mandatnya dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan rakyat negara ini.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 63/Julai 2015

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button