Skip to toolbar
Bajet dan Aliran Tunai

Ringkasan Intipati Belanjawan 2020

Tema Belanjawan 2020 – Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama.

Soroton Belanjawan 2020

  • Tol / Lebuh Raya

Diskaun 18% di semua lebuh raya milik PLUS. Caj kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30% berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.

  • Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

BSH akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion individu bujang berusia lebih 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Individu bujang berusia lebih 40 tahun dan golongan OKU layak menerima RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful mySalam secara percuma.

  • Perluasan mySalam & PeKa B40:

i. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):-

    • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
    • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun

ii. Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Golongan M40:-

    • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun. Perlu mendaftar di web www.mysalam.com.my

Manfaat yang diterima:

1) Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH): Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

2) Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH): Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) telah dilancarkan untuk menyediakan pemeriksaan dan intervensi awal bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti kesihatan mental dan kanser untuk mereka yang berusia antara 50 tahun hingga 60 tahun.

  • Peluang Pekerjaan

MalaysiaKerja (Malaysians@Work) telah diperkenalkan bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. Insentif tersebut adalah seperti yang berikut:

#GraduanKerja (pengambilan graduan menganggur lebih 12 bulan): Graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima. Manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama.

#WanitaKerja Mewujudkan 33 ribu peluang pekerjaan setahun untuk wanita berusia di antara 30 hingga 50 tahun yang telah berhenti bekerja selama setahun atau lebih. Insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan, manakala majikan pula akan diberi insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh yang sama.

#WatanKerja Program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengalihkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Manakala, majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.

Nota: Inisiatif #MalaysiaKerja akan disediakan oleh Kerajaan dan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu insentif gaji tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP

  • Bajet Pekerjaan

Gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama.

  • Saraan Penjawat Awam

Kadar bantuan sara hidup (COLA) ditingkatkan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana penjawat awam.

  • Skim Rumah Mampu Milik

#Dana Rumah Mampu Milik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu pembeli rumah golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah pertama.

#Kempen Pemilikan Rumah iaitu pemaju menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10 peratus untuk hartanah yang layak dan akan dipadankan dengan pengecualian duti setem.

#Skim Rent To Own: Jaminan 30% atau RM3 Bilion untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu.

#Skim Perumahan Belia BSN dilanjutkan mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021

  • Bajet Ekonomi Digital

Rakyat berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun akan menerima RM30 dalam e-dompet bermula 1 Januari 2020 untuk kali pertama bagi merangsang penggunaan dompet tanpa tunai.

Sumber: www1.treasury.gov.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 111/Januari 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button