Pelan Pelaburan

Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC)

Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai saluran pakar dalam pasaran modal yang bebas dan berkecuali untuk membantu pelabur menyelesaikan pertikaian kewangan yang mereka hadapi dengan ahli SIDREC dalam tempoh yang singkat dan tanpa kos yang membebankan pelabur. Proses penyelesaian pertikaian dijalankan dalam persekitaran yang tidak formal.

Bagaimana SIDREC Membantu Pelabur?

SIDREC ialah badan penyelesaian pertikaian alternatif yang mengendalikan pertikaian tuntutan kewangan oleh pelabur terhadap pengantara pasaran modal berkaitan produk atau perkhidmatan pasaran modal. SIDREC membantu menyelesaikan tuntutan dengan adil, cekap, dan dalam jangkamasa yang berpatutan. SIDREC mengendalikan tuntutan tidak melebihi RM250,000.00.

SIDREC Memanfaatkan Pelabur & Ahli

  • Pusat sehenti yang mengendalikan tuntutan pertikaian pasaran modal secara percuma. Perkhidmatan cepat dan cekap serta mudah untuk pelabur.
  • Meningkatkan pemahaman pelabur mengenai pasaran modal dan tanggungjawab mereka terhadap pelaburan mereka.
  • Meningkatkan pemahaman ahli tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pelabur.
  • Badan khas yang bebas dan berkecuali yang membantu menyelesaikan pertikaian pasaran modal dengan pengetahuan pakar dan pengalaman.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://sidrec.com.my.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 97/Mei 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button