Pengguna

Program Subsidi Petrol (PSP) Mulai Januari 2020

Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrol.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol yang sedia ada diberikan secara pukal. Ia dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan. Pengagihan subsidi ini akan diberikan kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan akan melaksanakan PSP mulai Januari 2020. Berikutan dengan pelaksanaan PSP, kerajaan akan mengembalikan sistem apungan harga petrol bagi RON95 di seluruh negara, kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan. Sehubungan dengan itu, kementerian tersebut telah mengumumkan bahawa penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sahaja yang akan menerima subsidi berkenaan.

Semak kelayakan subsidi petrol anda melalui butiran berikut:

Kelayakan PSP Tahun 2020

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Penerima BSH Tahun 2020.
  3. Kereta berkapasiti enjin 1.6 liter setara dan ke bawah atau 1.6 liter ke atas yang berumur lebih 10 tahun ke atas atau setara.
  4. Motosikal berkapasiti enjin 150cc ke bawah atau 150cc ke atas yang berumur lebih 7 tahun ke atas atau setara.
  5. Penerima BSH di Semenanjung sahaja.
  6. Sabah, Sarawak & Labuan dikecualikan kerana kerajaan masih menanggung subsidi petrol RON95

Kadar Kelayakan Subsidi Mengikut Kenderaan

Penerima yang berkelayakan akan diberikan subsidi sebanyak RM30 setiap bulan bagi kereta dan RM12 setiap bulan bagi motosikal. Pemberian subsidi ini akan dikreditkan terus ke akaun penerima dalam tempoh empat bulan sekali.

Hubungi KPDNHEP untuk maklumat lanjut, melalui saluran berikut:

 Tel : 1-800-88-6800

E-mel : psp@kpdnhep.gov.my

WhatsApp : 019-2786356

Sumber: www.psp.kpdnhep.gov.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 110/Jun 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button