PenggunaPengurusan HutangPengurusan Kewangan

Program Pengurusan Kredit AKPK (PPK)

Terasa bingung memikirkan hutang yang tidak terurus? Seringkali diganggu oleh para pemungut hutang? Seringkali risau mengenai wang ringgit? Semua individu yang berada dalam situasi sedemikian disarankan supaya mendapatkan bantuan perkhidmatan kaunseling kredit dan program pengurusan kredit daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di mana-mana sebelas (11) cawangan dan juga di sembilan (9) pejabat kaunseling di seluruh negara.

Semua perkhidmatan AKPK adalah secara percuma kepada orang ramai.

Kaunseling Kewangan

Di AKPK, kaunselor akan berbincang secara bersemuka bersama-sama anda di dalam bilik kaunseling. Di situ, kaunselor akan mengenal pasti kedudukan aliran tunai dan menganalisis kewangan anda.

Program Pengurusan Kredit (PPK)

Sekiranya anda mengalami kesukaran dalam membayar balik semua ansuran bulanan pinjaman, tetapi pada masa yang sama, anda mempunyai pendapatan bersih yang positif, maka anda boleh mendaftar dengan PPK di AKPK.

PPK boleh membantu menstruktur semula tanggungan pinjaman anda yang disediakan oleh penyediapenyedia kredit seperti berikut:

  • Semua bank komersil.
  • Semua bank islam.
  • Semua syarikat insurans.
  • Semua pengendali takaful.
  • Institusi-institusi kewangan pembangunan.
  • Pengeluar-pengeluar kad kredit dan kad caj.

Apakah PPK di AKPK?

Satu pelan pembayaran hutang individu khusus dirangka untuk anda setelah dipersetujui oleh penyedia-penyedia kredit anda.

Kelebihan-kelebihan PPK

  • Terma-terma pembayaran semula yang berpatutan berdasarkan aliran tunai semasa.
  • Tempoh penangguhan sementara daripada tindakan undang-undang.
  • Pemberhentian panggilan telefon dan kacau ganggu daripada para pemungut hutang.
  • Mengembalikan semula nikmat kehidupan anda dari sudut kewangan.

Syarat-syarat untuk memasuki PPK

Anda:

  • tidak berada dalam tindakan undang-undang pada tahap lanjut.
  • bukan seorang bankrap / muflis.
  • mempunyai jumlah hutang tidak lebih daripada RM2 juta.
  • mempunyai sumber pendapatan bersih yang positif dan mencukupi untuk pembayaran PPK. (mempunyai pendapatan lebihan setelah ditolak dengan perbelanjaan asas dan mencukupi untuk pembayaran PPK).

Proses PPK

  • Merujuk kepada kaunselor mengenai kedudukan kewangan anda untuk mengenal pasti semua perbelanjaan bulanan dan mengenali potensi serta ruang penjimatan.
  • Mengisytiharkan semua kemudahan pinjaman dan baki pinjaman terkini anda.
  • AKPK sebagai perantara akan berunding bagi pihak anda dengan semua penyedia kredit anda.
  • Selepas itu, AKPK akan mengeluarkan surat pengesahan setelah semua penyedia kredit anda bersetuju dengan cadangan PPK yang dikemukakan.
  • Penyedia-penyedia kredit anda mungkin memerlukan anda menandatangani surat tawaran tambahan setelah berjaya mendaftar dalam PPK.

Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Laporan Kredit CCRIS yang terkini daripada Bank Negara Malaysia (BNM). (Nota: AKPK boleh membantu anda mendapatkan Laporan Kredit CCRIS setelah anda melengkapkan borang CBS 01 dan menyediakan satu salinan kad pengenalan serta dua (2) dokumen lain seperti lesen memandu dan bil-bil utiliti.)
  • Penyata-penyata pinjaman terkini daripada setiap penyedia-penyedia kredit.
  • Jika bekerja, slip gaji terkini.
  • Jika bekerja sendiri, sediakan bukti pendapatan seperti penyata akaun bank dan lain-lain.
  • Penyata KWSP terkini, jika melibatkan penstrukturan pinjaman perumahan.
  • Dokumen-dokumen tindakan undang-undang, sekiranya ada.
  • Penyata Cukai Pendapatan, sekiranya ada.

Taklimat Awam (tidak diwajibkan)

  • AKPK ada mengendalikan sesi taklimat awam menerangkan mengenai PPK selama sejam, termasuk sesi soal jawab di Ibu Pejabat AKPK.
  • Jadual sesi Taklimat Awam di Ibu Pejabat AKPK adalah seperti berikut:
    • Setiap Isnin hingga Khamis : 10.00 pagi, 12.00 tengah hari & 3.00 petang
    • Setiap Jumaat: 10.00 pagi & 12.00 tengah hari
    • Kecuali cuti-cuti umum
  • Sesi taklimat awam juga ada disediakan di cawangan AKPK seperti di: Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu. Sila rujuk kepada http://www.akpk.org.my/services/debt-management/briefing-schedule untuk jadual taklimat terkini di cawangan berkenaan. Nota: Untuk cawangan yang tiada kemudahan taklimat awam, anda boleh berhubung secara terus dan menghadiri sesi kaunseling dengan kaunselor di cawangan berkenaan.

Sekiranya anda mengalami kesukaran dalam membayar balik semua ansuran bulanan pinjaman, tetapi pada masa yang sama, anda mempunyai pendapatan bersih yang positif, maka anda boleh didaftarkan dalam PPK di AKPK.

Sesi taklimat awam juga ada disediakan di cawangan AKPK seperti di: Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.

Dalam keadaan bagaimanakah PPK anda boleh ditamatkan?

  • Apabila pinjaman-pinjaman diselesaikan lebih awal atau sepenuhnya.
  • Apabila anda memohon secara sukarela untuk keluar daripada PPK
  • Apabila PPK ditamatkan kerana kegagalan membuat bayaran mengikut jadual yang telah dipersetujui sebelum ini.
  • Apabila dimaklumkan bahawa pelanggan PPK telah meninggal dunia.

Kesan sekiranya anda sebagai peserta PPK

  • Perubahan gaya hidup diperlukan.
  • Kemudahan kredit sedia ada akan dibatalkan.
  • Peluang untuk mendapatkan pinjaman baru semasa anda masih berada dalam PPK akan tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara penyedia-penyedia kredit masing-masing.

Apakah ciri-ciri untuk berjaya dalam PPK?

  • Keinginan serta keazaman yang kuat untuk kembali berada pada landasan yang betul dalam meneruskan kehidupan.
  • Berdisiplin dalam membuat pembayaran mengikut jadual.
  • Kesanggupan berkorban pada masa kini demi kesejahteraan kewangan lebih baik ada masa depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan AKPK, sila layari laman sesawang di: www.akpk.org.my atau hubungi talian bebas tol AKPK di: 1-800-88-2575.

Sumber : AKPK/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 40/Ogos 2013

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button