Pelan PerlindunganPengguna

Program Bantuan Kecemasan Jalan Raya

Dalam usaha menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan, syarikat-syarikat insurans kini menawarkan bantuan kecemasan jalan raya kepada pemegang polisi kenderaan bermotor.

Perkhidmatan bantuan kecemasan ini kelazimannya ditawarkan 24 jam, dan antara faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh pemegang polisi seperti berikut:-

Bantuan Kerosakan Kereta

  • Pembaikan kerosakan kecil;
  • Menukar tayar;
  • Penggantian bateri;
  • Penundaan kereta secara percuma (dalam had zon atau kawasan-kawasan tertentu).

Bantuan Kemalangan

  • Penundaan percuma, pembaikan kerosakan dan bantuan tuntutan insurans berikutan kemalangan.

Terma dan Syarat

Walau bagaimanapun, program bantuan kecemasan jalan raya ini tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan perlu memenuhi terma dan syarat yang melayakkan mereka menggunakan khidmat bantuan program ini, antaranya ialah:-

Kelayakan

  • Kereta persendirian dengan perlindungan polisi komprehensif

Pengenalan

  • Disahkan mempunyai perlindungan insurans. Pengesahan biasanya dibuat apabila pemegang polisi membuat panggilan melalui talian kecemasan “hotline” / pusat panggilan syarikat insurans.
  • Pemandu merupakan pemegang polisi atau orang yang diberi kebenaran untuk memandu.
  • Penunda / bengkel adalah yang dilantik oleh syarikat insurans.

Pengecualian Am

  • Perkhidmatan tambahan selain daripada yang dinyatakan di atas.
  • Penggantian bahagian / alat ganti semasa bantuan kerosakan.
  • Kawasan pendalaman atau kawasan-kawasan di luar daripada zon bantuan yang dinyatakan.

Makluman:

Faedah-faedah yang ditawarkan dan terma dan syarat mungkin berbeza antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain. Sila rujuk kepada syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut.

Sumber: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)

Sumber : PIAM/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 44/Disember 2013

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button