Pelan PerlindunganPengguna

Polisi Perlindungan Insurans Anda

Terdapat pelbagai jenis insurans ditawarkan kepada pengguna bagi melindungi mereka daripada berbagai bentuk risiko kemalangan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga mahupun harta benda. Para pengguna selalunya akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai jenis-jenis insurans, agensi-agensi atau wakil-wakil yang berkaitan dengan pengendali insurans.

Faedah-faedah insurans yang ditawarkan kepada pengguna adalah berbeza mengikut pelan insurans yang dilanggani. Lazimnya wakil insurans akan menerangkan setiap jenis pelan yang mereka tawarkan supaya pengguna dapat memastikan pelan mana yang sesuai dengan pengguna atau yang pengguna perlukan. Kekeliruan mungkin berlaku kerana terdapat banyak pelan yang ditawarkan dan diterangkan.

Pihak NCCC selalu mendapat aduan yang mengatakan bahawa pengguna tidak dapat membuat tuntutan seperti yang dinyatakan oleh wakil insurans. Sebagai contoh, pihak NCCC mendapat aduan bahawa pengguna tidak dapat membuat tuntutan bagi kos ubat-ubatan yang telah dibayar semasa mendapat rawatan di hospital. Apabila pihak NCCC menghubungi wakil insurans untuk mendapatkan penjelasan, pihak NCCC dimaklumkan bahawa polisi insurans tersebut hanya akan menanggung kos seperti khidmat  perundingan doktor dan kos rawatan lain, tetapi tidak termasuk kos ubat-ubatan.

Kekeliruan ini memang mudah untuk berlaku kerana terdapat berbagai jenis insurans. Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan supaya lebih teliti apabila memilih jenis dan konsep insurans yang ingin dilanggan. Antara maklumat-maklumat penting yang perlu pengguna ketahui adalah:

  • Jumlah bayaran
  • Jenis insurans
  • Tempoh bayaran
  • Panel atau agensi yang berkaitan
  • Sejauh mana pengguna dilindungi daripada risiko

Para pengguna dinasihatkan untuk menghubungi kembali ejen insurans mereka apabila mengalami kemalangan sebelum pergi ke tempat yang berkaitan, sama ada seperti hospital, klinik dan lain-lain. Ini bagi memastikan pengguna mendapat kepastian terlebih dahulu bahawa tempat yang mereka pergi itu termasuk di bawah senarai panel dan perkhidmatan yang dilindungi di bawah polisi insurans tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03-7877 9000 atau myAduan@nccc.org.my.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 37/Mei 2013

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button