Pelan PerlindunganPengguna

Polisi Kereta Persendirian

Kereta anda mungkin merupakan aset yang sangat berharga selepas rumah anda. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu anda ketahui semasa membeli polisi insurans motor untuk kenderaan anda.

Jenis Insurans Kereta

Siapa dan apa yang dilindungi akan bergantung pada jenis insurans kereta yang anda beli.Pihak yang terlibat ialah anda sebagai pihak pertama, syarikat insurans sebagai pihak kedua dan orang lain yang terlibat dalam kemalangan sebagai pihak ketiga.

Pengecualian – Polisi insurans kereta komprehensif yang standard TIDAK melindungi:-

  • Kematian atau kecederaan diri anda sendiri;
  • Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda;
  • Kecurian aksesori kenderaan yang tidak dipasang di kilang (pemain cakera padat, kerusi kulit, rim sport dan sebagainya) kecuali aksesori tersebut telah dinyatakan dalam Jadual polisi kontrak;
  • Kerugian turutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan elektrik atau kegagalan mekanikal atau pecah; dan
  • Kerugian/kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh.

Sila rujuk kontrak polisi anda untuk mengetahui senarai penuh pengecualian polisi.

Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk melindungi sebahagian daripada pengecualian di atas seperti banjir, tanah runtuh atau liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda (penumpang yang merupakan ahli keluarga terdekat anda tidak akan dilindungi).

Kajian kes: Tuntutan kecederaan Ahmad dan kakaknya tidak dibayar

Ahmad membeli polisi insurans kereta komprehensif dan membayar premium tambahan untuk liabiliti perlindungan penumpang. Beberapa bulan kemudian, semasa Ahmad memandu bersama-sama kakaknya Aida pergi ke bandar, kereta tersebut terbabas dan melanggar sebatang pokok. Ahmad dan Aida telah mengalami kecederaan.

Polisi insurans tersebut hanya membayar kos membaiki kenderaan Ahmad dan bukan tuntutan kecederaan pada diri Ahmad kerana polisi tersebut tidak melindungi kematian atau kecederaan individu yang membeli polisi insurans ini. Walaupun Ahmad mempunyai liabiliti perlindungan penumpang, tuntutan kecederaan pada diri Aida tidak dibayar kerana dia merupakan salah seorang ahli keluarga terdekat Ahmad.

Apakah yang perlu anda tahu apabila membeli insurans kereta?

Tanggungjawab Pengisytiharan Maklumat

Apabila menginsuranskan kereta anda, anda perlu mendedahkan semua fakta material (material facts) kepada syarikat insurans seperti kemalangan yang telah dialami atau pengubahsuaian enjin. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, syarikat insurans mungkin akan menolak tuntutan anda atau sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut.

Polisi Nilai Pasaran atau Nilai Disetujui

Insurans motor komprehensif boleh melindungi anda daripada kerugian kemalangan dan kehilangan kereta sehingga nilai berikut:-

  • Nilai Pasaran – nilai kereta anda sebelum berlaku kemalangan; atau
  • Nilai Disetujui – nilai kereta yang dipersetujui oleh anda dan syarikat insurans anda pada permulaan kontrak dan pada setiap kali pembaharuan insurans motor.

Sekiranya polisi anda berdasarkan Nilai Pasaran:-

Anda perlu memastikan kereta anda diinsuranskan dengan sewajarnya kerana ia akan memberikan kesan pada jumlah yang boleh anda tuntut sekiranya anda mengalami kerugian. Bagi kereta baharu, jumlah yang diinsuranskan kebiasaannya mengikut harga belian. Bagi kereta lain, jumlah yang diinsuranskan perlu berdasarkan nilai pasaran kenderaan semasa polisi dibeli.

  • Insurans terkurang: jika jumlah yang diinsuranskan adalah lebih rendah daripada nilai pasaran, perbezaan tersebut dianggap sebagai ditanggung oleh anda sendiri. Sekiranya berlaku kerugian, anda hanya akan mendapat sebahagian daripada pampasan.
  • Insurans berlebihan: jika jumlah yang diinsuranskan adalah lebih tinggi daripada nilai pasaran, pampasan maksimum yang anda akan terima ialah nilai pasaran kenderaan tersebut. Anda tidak boleh mendapat keuntungan daripada tuntutan insurans (prinsip indemniti)

Oleh itu, kereta anda perlu diinsuranskan pada nilai pasaran semasa bagi mengelakkan daripada insurans terkurang atau insurans berlebihan.

Mulai 1 Ogos 2011, syarikat insurans (dan juga pengendali takaful) atau ejen insurans dikehendakimenasihati anda mengenai nilai pasaran semasa kereta sebelum anda membeli atau memperbaharui perlindungan insurans motor.

  • Nasihat mengenai nilai pasaran semasa hendaklah berdasarkan Sistem ISM Automobile Business Intelligence (sistem ISM-ABI) atau mana-mana pangkalan data penilaian kenderaan lain yang berwibawa.
  • Nilai pasaran semasa kereta anda akan dinyatakan dalam notis pembaharuan atau helaian penzahiran produk (product disclosure sheet) yang dikeluarkan kepada anda sebelum anda membeli polisi tersebut.
  • Nasihat akan diberikan tanpa sebarang bayaran tambahan.
  • Jika anda bersetuju untuk menginsuranskan pada nilai yang dicadangkan oleh syarikat insurans, anda tidak akan menerima jumlah pampasan yang lebih rendah disebabkan oleh insurans terkurang.
  • Bagi memastikan keseragaman nilai pasaran kereta anda ketika insurans diambil adalah selaras dengan nilai pasaran kereta tersebut ketika tuntutan dibuat, syarikat insurans anda seharusnya merujuk kepada pangkalan data yang sama untuk menentukan nilai pasaran kereta anda.

Sekiranya polisi anda berdasarkan Nilai Disetujui:

Anda dan syarikat insurans bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan pada setiap kali pembaharuan insurans. Jika kereta anda mengalami kerosakan menyeluruh atau dicuri, syarikat insurans akan membayar penuh jumlah yang diinsuranskan. Beberapa buah syarikat insurans ada menawarkan polisi nilai disetujui kepada pelanggan mereka.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 16/Ogos 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button