Skip to toolbar
Pelan PendapatanPerancangan Kewangan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (Bahagian 2)

Produk Pembiayaan untuk Perniagaan Anda (Bahagian Kedua)

PEMBIAYAAN DAGANGAN

Selain daripada pembiayaan modal kerja, institusi kewangan juga menyediakan pembiayaan kepada PKS yang terlibat dalam perdagangan domestik dan antarabangsa. Sebahagian daripada kemudahan pembiayaan dagangan yang biasa ditawarkan oleh institusi kewangan adalah seperti yang berikut:

PERKHIDMATAN PERDAGANGAN

Untuk membantu pelanggan dalam transaksi perdagangan, institusi kewangan juga memberikan khidmat pembayaran. Bil masuk/keluar untuk khidmat pengutipan dinyatakan seperti yang berikut:

JAMINAN

Di samping pembiayaan untuk perniagaan, anda mungkin memerlukan kemudahan jaminan bagi pelbagai tujuan. Pada asasnya, kemudahan jaminan ini adalah aku janji institusi kewangan bagi pihak anda (pihak ketiga) yang dibuat berasaskan undang-undang. Aku janji ini menjamin pembayaran sejumlah wang yang telah ditetapkan jumlahnya kepada benefisiari, seandainya perniagaan anda gagal menjelaskan hutangnya atau tidak melakukan sesuatu obligasi undang-undang. Ini adalah tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya semua syarat yang ditetapkan di dalam jaminan berkenaan. Terdapat beberapa jenis jaminan yang boleh diaturkan oleh institusi kewangan bergantung kepada keperluan-keperluan spesifik peminjam. Institusi kewangan mungkin mengambil kira beberapa faktor sebelum sesuatu jaminan dikeluarkan, seperti saiz, tempoh dan tarikh luput serta kedudukan kredit pelanggan terlibat. Berikut adalah jenis-jenis jaminan yang biasa diperolehi:

Sumber : bankinginfo/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 13/Mei 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button