Pelan PendapatanPerancangan Kewangan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (Bahagian 1)

Produk Pembiayaan untuk Perniagaan Anda (Bahagian Pertama)

Bagi memenuhi keperluan perniagaan anda, institusi kewangan menawarkan rangkaian produk pembiayaan yang luas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perbankan konvensional dan Islam. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran, bergantung kepada keperluan pembiayaan dan kesesuaian pembiayaan tersebut dengan perniagaan anda.

PRODUK YANG BETUL UNTUK TUJUAN YANG BETUL

Umumnya, perniagaan anda memerlukan pembiayaan untuk pemerolehan aset dan modal kerja. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang boleh anda pilih. Misalnya, untuk memperolehi peralatan perniagaan, lekapan dan kelengkapan, anda boleh memilih untuk membiayai pemerolehan tersebut melalui sewa beli perindustrian, pajakan ataupun pinjaman berjangka. Pilihan muktamad terletak kepada keputusan anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesesuaian produk tersebut sebelum membuat keputusan mengenai jenis pembiayaan untuk perniagaan anda. Maklumat yang disediakan hanya sebagai panduan. Oleh yang demikian, anda harus merujuk kepada institusi kewangan anda untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut.

PEMEROLEHAN ASET/PENGEMBANGAN PERNIAGAAN

Perniagaan anda memerlukan aset untuk beroperasi. Aset-aset ini mungkin terdiri dari harta benda tak alih seperti kilang, rumah kedai dan bangunan ataupun aset-aset lain seperti kenderaan, peralatan, lekapan dan mesin. Sekiranya anda bercadang untuk membeli atau memajak aset-aset tersebut, produk pembiayaan yang tersedia adalah disenaraikan seperti berikut:

Maklumat yang disediakan hanya sebagai panduan. Oleh yang demikian, anda harus merujuk kepada institusi kewangan anda untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut.

MODAL KERJA

Selain daripada pembiayaan aset, perniagaan anda memerlukan modal kerja bagi membiayai operasi harian perniagaan. Pada amnya, bentuk pembiayaan yang paling mudah ialah kemudahan overdraf daripada bank-bank perdagangan. Namun begitu, walaupun fleksibel, overdraf mungkin meningkatkan kos perniagaan. Fi komitmen mungkin dikenakan ke atas baki kemudahan overdraf atau kredit pusingan yang tidak digunakan. Faedah-faedah dan ciri-ciri produk yang disediakan oleh institusi kewangan bagi tujuan modal kerja adalah seperti yang berikut:

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 12/April 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button