Pelan PerlindunganPenggunaPerancangan KewanganTakaful HayatTakaful Kemalangan

Perlindungan bagi Pemegang Sijil Takaful dan Polisi Insurans

Pengendali Takaful dan syarikat insurans kini semakin inovatif dengan menawarkan pelbagai pakej untuk disesuaikan dengan segmen masyarakat yang berbeza berdasarkan kepada keperluan dan pendapatan. Tujuan mereka adalah sama iaitu menyediakan perlindungan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Tetapi bagaimana jika sesuatu yang tidak dijangka menimpa penyedia takaful atau insurans anda?

Jangan khuatir! Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menyediakan perlindungan automatik kepada pemilik polisi insurans dan sijil takaful di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk manfaat yang layak sehingga RM500,000 sekiranya ahli penginsurans PIDM muflis. Ahli penginsurans PIDM terdiri daripada syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013 dan pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013.

Untuk layak mendapat perlindungan, sijil takaful atau polisi insurans mesti dikeluarkan di Malaysia oleh ahli penginsurans dan didenominasi dalam Ringgit Malaysia. Jadual di bawah menunjukkan contoh manfaat takaful atau insurans yang dilindungi PIDM:

Tuntutan pihak ketiga yang layak, dividen tunai, anuiti/ pendapatan persaraan, pendapatan hilang upaya dan bayaran balik sumbangan/premium prabayar juga dilindungi.

Manfaat yang dilindungi di bawah sijil atau polisi seseorang individu, dan sijil atau polisi kumpulan dikira secara berasingan dalam mencapai had maksimum, dengan itu menambah nilai manfaat bagi pemilik sijil dan polisi. Selain daripada itu, manfaat takaful dan insurans yang sama dengan ahli penginsurans berbeza juga dilindungi secara berasingan.

Jadual di bawah menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut:

Berdasarkan jadual, jumlah yang dilindungi adalah RM700,000 kerana amaun yang diinsuranskan oleh Polisi Kemalangan Peribadi dan Polisi Hayat Encik Lim dengan XYZ Insurance digabungkan berdasarkan kepada “penginsurans, pemilik polisi, peristiwa risiko dan orang diinsuranskan yang sama”. Sekiranya Encik Lim ingin mendapatkan perlindungan penuh bagi manfaat takaful atau insuransnya, beliau boleh membeli sijil takaful atau polisi insurans daripada ahli penginsurans yang berbeza.

PIDM melindungi manfaat takaful dan insurans anda sekiranya sesebuah ahli penginsurans muflis dengan dua cara:

  • PIDM akan membuat pembayaran bagi manfaat yang dilindungi kepada pemilik sijil atau polisi apabila berlaku tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans. Sebarang tuntutan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan had yang dinyatakan dalam kontrak takaful atau polisi.
  • PIDM juga boleh menguruskan pemindahan sijil takaful atau polisi insurans daripada ahli penginsurans yangmuflis kepada ahli penginsurans lain bagi memastikan kesinambungan perlindungan bagi pemilik sijil takaful atau polisi insurans.

Walaupun anda tidak perlu memohon atau membayar untuk mendapatkan perlindungan PIDM, adalah penting untuk mengetahui batasan had dan manfaat, supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat mengenai produk takaful dan insurans.

Untuk mengetahui sama ada sesebuah syarikat insurans atau pengendali takaful adalah ahli PIDM, semak untuk tanda keahlian PIDM. Senarai ahli penginsurans PIDM juga boleh didapati di laman web PIDM.

Hubungi PIDM untuk maklumat lanjut tentang PIDM dan sistem perlindungan yang ditadbir di talian 1800-88-1266 atau layari www.pidm.gov.my.

Sumber: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)/Edisi 115/Okt 2020

Artikel Berkaitan

Back to top button