Pengguna

Perkhidmatan Perbankan Ejen Bank Simpanan Nasional (BSN) Dipertingkatkan Untuk Kemudahan Masyarakat

Pembukaan akaun bank Giro / Giro-i kini dipermudah melalui Ejen Bank Berdaftar BSN

BSN terus menyokong agenda rangkuman kewangan melalui inisiatif perbankan ejen yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Pelan Sektor Kewangan 2011 – 2020.

Sejak inisiatif perbankan ejen dilaksanakan pada tahun 2012, Malaysia telah mencapai tahap rangkuman kewangan atau “financial inclusion” yang lebih tinggi. Kini, 96% daripada 886 mukim yang mempunyai penduduk melebihi 2,000 orang telah mendapat kemudahan atau akses kepada perkhidmatan perbankan asas, berbanding dengan hanya 46% pada tahun 2011. BSN memainkan peranan yang penting dalam memacu agenda ini melalui khidmat perbankan ejen yang diperkenalkan kepada masyarakat pada 27 Januari 2012.

Di bawah inisiatif ini, BSN telah melantik Ejen Bank Berdaftar (EB) yang terdiri daripada pemilik-pemilik premis perniagaan runcit, ejen syarikat telekomunikasi dan juga pemilik stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia. Bermula dengan hanya 200 lokasi dan lima (5) perkhidmatan perbankan, kini jumlah EB BSN telah meningkat kepada 6,033 yang beroperasi di seluruh negara.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Simpanan Wang
  • Pengeluaran Wang
  • Pembukaan Akaun
  • Simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP)
  • Pembayaran Tanpa Tunai
  • Pembayaran Bil
  • Tambah Nilai Prabayar

Terbaharu, EB BSN menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun Giro / Giro–i di premis perniagaan mereka.

Sejak Disember 2014, perkhidmatan EB BSN juga telah dipertingkatkan iaitu Pembukaan Akaun Giro / Giro-i. Penambahan perkhidmatan ini adalah bertujuanuntuk memudahkan urusan pembukaan akaun bagi penerimaan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyediakan perkhidmatan perbankan yang menyeluruh kepada pelanggan-pelanggan BSN terutamanya bagi masyarakat di kawasan luar bandar.

Setakat ini, sebanyak lebih 6,000 akaun Giro / Giro-i telah dibuka melalui saluran EB BSN.

Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana premis EB BSN berdekatan untuk membuka Akaun Giro / Giro-i dengan membawa bersama MyKad untuk tujuan pengesahan biometrik bersama jumlah deposit permulaan serendah RM20. Proses pembukaan akaun ini adalah cepat, mudah dan selamat. Akaun yang telah dibuka perlu dikemaskini di mana-mana cawangan BSN dalam tempoh dua (2) bulan.

Perkhidmatan yang ditawarkan di semua EB BSN adalah selamat kerana ia menggunakan terminal Point-of-Sale (POS) yang berhubung terus kepada sistem BSN bagi membenarkan transaksi dilakukan dalam talian secara masa nyata sepenuhnya tanpa memerlukan borang permohonan. Setiap transaksi yang berjaya akan diperakukan dengan resit rasmi yang dicetak terus di terminal POS.

Sekiranya mempunyai sebarang aduan dan pertanyaan tentang perkhidmatan yang ditawarkan melalui EB BSN atau berminat menjadi ejen BSN sila hubungi:

Tel: 1-300-88-1900 E-mel: servicemanager@bsn.com.my Laman Web: www.mybsn.com.my

Sekiranya memenuhi kriteria yang berikut, anda layak untuk dipertimbangkan menjadi ejen BSN:

  1. Berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran SSM
  2. Telah beroperasi lebih daripada 1 tahun
  3. Mempunyai premis perniagaan tetap
  4. EB hanya perniagaan sampingan
  5. Mempunyai capaian GPRS/Talian tetap
  6. Jarak di antara EB dengan Cawangan BSN adalah 5 km*
  7. Jarak di antara EB adalah 10 km*
  8. Membuka Akaun Korporat EB BSN dengan deposit minimum RM1,500.00

* Tertakluk kepada budi bicara pihak Pengurusan BSN (keperluan dan kepadatan penduduk)

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button