Pengguna

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Menjadi Mangsa Penipuan Kewangan

Penipuan melibatkan wang yang banyak bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ramai yang sudah tertipu walaupun sering kali diberi peringatan dan nasihat. Manakala syarikat skim cepat kaya pula masih lagi aktif menjalankan aktiviti tersebut.

Berikut adalah perkara yang anda perlu lakukan jika terlibat dan menjadi mangsa penipuan kewangan.

1. Buat laporan polis
Ramai individu yang masih lagi takut untuk membuat laporan polis selepas menjadi mangsa penipuan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa kerugian mereka hanya melibatkan jumlah yang kecil dan tidak perlu membuat laporan polis.

Selain itu, ada juga yang takut untuk membuat laporan polis kerana diugut mereka tidak akan dapat semula wang tersebut.

Jika anda membuat laporan polis, anda juga telah menyelamatkan lebih ramai orang lain daripada menjadi mangsa penipuan.

2. Buat laporan kepada agensi penguat kuasa terlibat
Jika anda menjadi mangsa melibatkan skim cepat kaya, anda boleh melaporkan kepada Bank Negara Malaysia, sama ada melalui e-mel atau berkunjung ke pejabat yang berhampiran.

3. Simpan semua rekod dan dokumen penting
Pastikan anda menyimpan semua jenis rekod dan dokumen melibatkan transaksi wang, deposit, surat perjanjian atau resit bayaran yang
diterima.

Semua dokumen penting ini akan membantu pihak berkuasa untuk menyiasat kes anda dan menyelesaikan masalah anda.

4. Maklumat individu / wakil syarikat
Selain rekod dan dokumen, anda juga perlu mengetahui individu yang anda hubungi atau wakil dari syarikat tersebut. Dapatkan maklumat seperti nama penuh, nombor telefon dan alamat yang boleh dihubungi.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 102/Oktober 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button