Pengguna

Perbezaan Cukai Jualan, Perkhidmatan dan GST

Pelaksanaan GST semenjak 1 April 2015 yang lalu menimbulkan beberapa kekeliruan dalam kalangan pengguna. Berikut adalah jadual perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang telah digantikan oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Cukai SST adalah cukai satu aras yang hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut. Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan.

GST pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna.

Berikut adalah perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST):

Sebelum GST

CUKAI JUALAN

CUKAI PERKHIDMATAN

Merupakan cukai seperingkat yang mana cukai ini hanya dikenakan sekali sahaja oleh pengilang lazimnya diperingkat output Dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu apabila ia ditawarkan kepada pengguna
Barang bercukai jualan 5 peratus Contoh: minuman kopi dan teh segera, aiskrim, kacang, mi segera, rempah kari ayam dan daging, mentega dan bahan-bahan binaan Barang bercukai jualan 10 peratus Contoh: televisyen, peti sejuk, seterika, perabot, baju, beg tangan, kasut, tayar kenderaan dan kereta Perkhidmatan bercukai 6 peratus Contoh: perkhidmatan restoran, siaran televisyen berbayar, hotel, tempat meletak kenderaan, pusat penyelenggaraan kereta, telekomunikasi dan kawalan keselamatan
Kadar spesifik Contoh: Petrol dan diesel Kadar spesifik Contoh: fi RM50 ke atas kad kredit prinsipal dan RM25 bagi kad tambahan

Selepas GST

Cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah pada setiap peringkat penggunaan dalam rantaian pembekalan daripada pengeluar hingga pengguna.

Dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan pada setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan:

Bekalan Berkadar Sifar

Contoh: Barang makanan seperti beras, tepung gandum, gula pasir, roti putih, roti gandum bijirin penuh, serbuk kopi, teh dan koko serta mi kuning, produk pertanian seperti padi, sayuran dan buah-buahan segar serta bahan-bahan bacaan

Dikecualikan GST

Contoh: perkhidmatan seperti rel, bas, teksi, tol, pengangkutan air, pendidikan, kesihatan, rumah kediaman, tanah pertanian dan kegunaan am serta perkhidmatan kewangan terpilih

Kadar standard 6 peratus

Contoh: barang-barang yang tidak disenaraikan sebagai berkadar sifar oleh Jabatan Kastam Malaysia.

Lain-lain (di luar skop GST)

Contoh: Perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 61/Mei 2015

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button