Perancangan Kewangan

Perancangan Kewangan Apabila Bercuti

Bagi mengelakkan pembaziran ketika bercuti, anda digalakkan untuk membuat bajet yang ideal dari segi pendapatan dan kos tempat bercuti. Di sini disediakan beberapa tip untuk membantu anda mengurus kewangan ketika bercuti:

  1. Sebelum melancong, digalakkan membuat persediaan awal dengan mencari maklumat dan merangka destinasi yang ingin dilawati.
  2. Sediakan bajet perbelanjaan harian semasa bercuti supaya tidak berbelanja melebihi bajet di samping dapat bercuti dengan tenang.
  3. Untuk tiket penerbangan, digalakkan membuat tempahan 2-3 bulan lebih awal dari tarikh percutian. Anda boleh mendapat harga murah jika membuat tempahan secara atas talian di laman sesawang syarikat penerbangan.
  4. Bagi mengelakkan kes kecurian atau kehilangan ketika bercuti, jangan membawa wang tunai yang terlalu banyak. Gunakan kad kredit/debit untuk berbelanja.
  5. Sekiranya bercuti di luar negara, nombor telefon syarikat pengeluar kad kredit diperlukan sekiranya berlaku sebarang masalah.
  6. Sekiranya tempoh percutian panjang, gunakan perbankan internet untuk membayar bil atau pemindahan wang yang perlu anda buat.
  7. Dapatkan insurans perjalanan daripada syarikat insurans berlesen. Insurans perjalanan boleh membantu anda untuk menampung kos perubatan atau kerugian sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan semasa anda bercuti. Maklumat lanjut mengenai insurans perjalanan boleh didapati di insuranceinfo.com.my
  8. Jangan lupa melangsaikan segala bil kad kredit anda sekembalinya anda daripada bercuti.

Selamat bercuti.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 43/November 2013

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button