Pengguna

Penjelasan Mengenai Caj Perkhidmatan, Cukai Perkhidmatan Dan Cukai Kerajaan

Akhir-akhir ini terdapat beberapa aduan daripada orang ramai mengenai caj perkhidmatan, cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan. Oleh itu, bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut, berikut dinyatakan perbezaannya.

Caj Perkhidmatan (Service Charge)

Caj ini dikenakan oleh sesuatu perniagaan di dalam bil / inbois selain daripada kos barangan atau perkhidmatan. Ini adalah amalan yang dipraktikkan dalam industri hospitaliti dan kadar biasa yang dikenakan adalah 10%. Caj ini dikumpulkan oleh majikan sebagai dana untuk diagihkan kepada pekerja. Caj ini boleh menggantikan tip walaupun tidak semestinya.

Cukai perkhidmatan / Cukai Kerajaan (Service Tax / Government Tax)

Secara undang-undang dikenakan dengan kadar sebanyak 6% (mulai Januari 2011) cukai perkhidmatan atau juga dikenali sebagai cukai kerajaan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 ke atas kategori perniagaan dalam industri hospitaliti, seperti hotel, restoran, kelab-kelab dan spa di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Lesen cukai perkhidmatan mengandungi nama, alamat dan nombor lesen yang dipamerkan di premis yang berlesen. Cukai perkhidmatan yang dikutip ini akan dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi tempoh dua (2) bulan sekali.

Cukai perkhidmatan tidak dikenakan ke atas caj perkhidmatan, tetapi atas barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan sahaja.

Contohnya:-

Jenis perniagaan dan jenis perkhidmatan yang tertakluk kepada pelesenan dan pengenaan cukai perkhidmatan disenaraikan dalam Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 seperti berikut:

Sumber : Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 37/Mei 2013

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button