Pengguna

Penipuan Melibatkan Penggunaan Nama Bank Negara Malaysia

Pada masa ini terdapat penipuan melibatkan penggunaan nama dan logo Bank Negara Malaysia serta nama dan jawatan pegawai-pegawai kanan Bank Negara Malaysia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam skim haram atau aktiviti penipuan lain. Ini bertujuan untuk memperdaya orang ramai. Skim haram atau aktiviti penipuan ini mungkin dipromosikan melalui e-mel, surat, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain.

Oleh itu, lindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan ini dengan mengambil langkah-langkah berikut:

(1) Sila abaikan sebarang panggilan telefon, surat, SMS atau e-mel yang mendakwa bahawa mereka adalah daripada Bank Negara Malaysia dan memujuk anda menyertai apa-apa skim pelaburan atau aktiviti yang disyaki sebagai penipuan.

(2) Sentiasa berwaspada – Bank Negara Malaysia TIDAK AKAN menghubungi orang ramai untuk mempromosikan sebarang skim pelaburan atau meminta maklumat perbankan peribadi mereka. Bank Negara Malaysia juga tidak akan meminta orang ramai membuat sebarang pemindahan wang.

Sila laporkan dengan segera sebarang penyalahgunaan nama Bank Negara Malaysia serta nama dan jawatan pegawai-pegawai kanannya kepada Bank Negara Malaysia di:

BNMLINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel          : 1-300-88-5465
Faks         : (03)2174 1515
E-mel       : bnmtelelink@bnm.gov.my

Untuk menghantar pertanyaan atau aduan, sila taip 15888 BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda]

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan kewangan, sila lawati laman sesawang amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my atau berinteraksi melalui facebook di http://facebook.com/bnm.official

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 18/Oktober 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button