Asas PerancanganPengurusan KewanganPerancangan Kewangan

Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan adalah antara elemen yang sangat penting dalam hidup kita dan sebenarnya ia penting bermula dari bangku sekolah lagi. Walau bagaimanapun, skop pengurusan kewangan memang sangat luas. Sewaktu persekolahan, kita hanya terdedah kepada penyimpanan dan perbelanjaan sahaja.

Apabila kita meningkat dewasa, bermula di bangku universiti, kita mula diperlihatkan dengan pelbagai lagi skop pengurusan kewangan serta perancangan kewangan. Kita mula mengenal sistem perlindungan untuk diri kita, kita mula ceburi sektor pelaburan kecil-kecilan, kita juga mungkin terdedah kepada penyucian harta dan sebagainya.

Namun, ada juga sebahagian kita yang tidak mengendahkan mengenai pengurusan kewangan ini. Bagi mereka, menyimpan dan berbelanja dengan bijak sahaja sudah memadai untuk kelangsungan hidup sehingga akhir hayat mereka. Hal ini sebenarnya akan memakan diri mereka.

Statistik yang dikongsikan oleh Ketua Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal KWSP, Encik Nurhisham Hussein ketika Simposium“Third-Age Economy” tahun lalu menunjukkan dua daripada tiga ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000. Paling membimbangkan, separuh dari ahli KWSP yang berumur lebih daripada 55 tahun berpotensi menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas persaraan.

Oleh hal yang demikian, pengurusan dan perancangan kewangan sangatlah penting untuk kita bertahan sehingga akhir hayat kita. Tetapi, apakah skop yang ada dalam pengurusan kewangan? Di sini, kami Bijak Wang ingin kongsikan kepada anda beberapa skop yang ada dalam pengurusan kewangan masa kini.

Terdapat 8 skop kesemuanya dalam pengurusan kewangan (Bijak Wang). Bagi mencapai kebebasan kewangan, kami bijak wang membahagikan skop-skop kepada tiga kumpulan iaitu pendapatan, pengurusan kewangan dan juga perancangan kewangan. Dalam pengurusan kewangan, terdapat beberapa skop antaranya penyimpanan, perbelanjaan dan pengurusan hutang. Manakala bagi perancangan kewangan pula terdiri daripada skop perlindungan, pelaburan, penyucian dan juga pewarisan. Tanpa salah satu skop ini, mustahil untuk kita mengecapi kebebasaan kewangan yang menyeluruh.

Itu sahaja pengkongsian kami dalam artikel ini. Kami ingin menegaskan bahawa betapa pentingnya pengurusan kewangan pada masa kini dan sepatutnya kita perlulah menanamkan azam kewangan kita untuk mencapai kebebasan kewangan secara menyeluruh dan bukan hanya sekadar menyimpan dan berbelanja dengan baik sahaja untuk kelangsungan hidup. Terdapat pelbagai perkara lagi yang boleh dimanfaatkan dengan kewangan kita.

Untuk artikel yang seterusnya, kami akan kongsikan dengan lebih terperinci tentang skop-skop atau “pelan” yang ada dalam pengurusan kewangan dan kami juga akan kongsikan berkenaan dengan kebebasan kewangan secara menyeluruh.

Untuk lebih mudah, sambil kita menambah ilmu berkenaan pengurusan kewangan, sertai juga bisnes kami di bijakwang.my dan jadilah rakan niaga yang terawal untuk program bisnes terbaru kami di sana. Ayuh!

Artikel Berkaitan

Back to top button