Skip to toolbar
Pengguna

Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman

Apakah maksud penangguhan pembayaran balik pinjaman?

Merupakan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pinjaman, termasuklah pembiayaan oleh bank-bank Islam selama enam bulan (pokok dan faedah/keuntungan) untuk membantu aliran tunai individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berkemungkinan terjejas akibat COVID-19.

Kriteria kelayakan penangguhan pembayaran balik pinjaman

Penangguhan ini tidak diberikan kepada kemudahan kad kredit.

Jenis pinjaman yang ditawarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman

  • Pinjaman perumahan
  • Pinjaman kenderaan
  • Pinjaman peribadi
  • Pinjaman perniagaan

Apakah yang perlu peminjam lakukan selepas tempoh 6 bulan tersebut?

Teruskan pembayaran balik pinjaman mengikut jumlah dan tempoh yang baharu. Bank akan memberitahu peminjam berkaitan maklumat pembayaran balik pinjaman. Jika perlu, peminjam boleh memohon untuk membayar balik pada jumlah yang lebih rendah dan tempoh yang lebih panjang.

*Pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka. Fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh dimanfaatkan oleh pemegang kad dari 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

*Baki kad kredit boleh ditukar kepada pinjaman bertempoh tidak melebihi 3 tahun pada kadar faedah tidak melebihi 13% setahun.

Penangguhan pembayaran balik pinjaman ini memberi kesan yang positif kepada para pengguna. Ianya membolehkan mereka merancang wang yang mereka ada untuk membeli barangan keperluan dan menyimpan untuk tujuan kecemasan. Namun demikian, para pengguna juga dinasihatkan supaya jangan berbelanja dengan sewenang-wenangnya kerana pada hakikatnya mereka perlu membayar balik pinjaman tersebut selepas enam bulan.

Sebagai pengguna, anda perlu ingat penangguhan yang diberikan adalah untuk meringankan beban pengguna yang mungkin terjejas sumber pendapatan akibat wabak yang melanda sekarang ini. Oleh itu, bantuan yang diberikan tidak harus dipandang enteng dan dijadikan alasan untuk tidak berhati-hati dalam perbelanjaan.

Dalam situasi sebegini, pengguna perlu berhemat dalam perbelanjaan dan meningkatkan simpanan atau tabungan untuk mengharungi cabaran kewangan mendatang. Jadilah pengguna yang bijak.

Sumber: www.bnm.gov.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 112/Julai 2020

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button