Skip to toolbar
Pelan PenyimpananPenggunaPengurusan KewanganPerancangan Kewangan

Pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan

Pada 23 Julai 2019, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 (Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan). Perdana Menteri menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia bergelut dalam menguruskan kewangan sehingga memberi impak kepada mereka yang menghadapi isu kewangan di luar jangkaan.

Semasa pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan, Perdana Menteri menyatakan, “Saya menerima baik pelaksanaan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, yang menetapkan matlamat untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dan memupuk tabiat dan sikap yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan.”

“Dalam hal ini, akses kepada pendidikan kewangan adalah penting kepada seluruh rakyat Malaysia pada semua peringkat umur dan tahap pendidikan,” ujar beliau lagi

Utama dan Pelan Tindakan Malaysia

Strategi Utama 1: Menyemai nilai murni sejak usia muda

  • Memperluaskan elemen asas pendidikan kewanan dalam kurikulum sekolah dari peringkat prasekolah, sekolah rendah sehingga sekolah menengah.
  • Memperkukuhkan pendidikan kewangan melalui aktiviti kokurikulum
  • Memperkenalkan pembangungan keupayaan dan sokongan kepada guru.
  • Menggalakkan penyertaan pendidikan kewangan dalam kalangan murid, kumpulan ibu bpa dan masyarakat sokongan.

Strategi Utama 2: Meningkatkan akses orang ramai kepada maklumat, alat kewangan serta sumber berkaitan pengurusan kewangan

  • Menjadikan maklumat asas pendidikan kewangan difahami, diperoleh dan diakses dengan mudah oleh semua.
  • Meningkatkan kesedaran dan menggiatkan inisiatif pendidikan kewangan melalui kempen mendekati masyarakat di seluruh negara.

Strategi Utama 3: Memupuk tabiat kewangan yang positif dalam kalangan kumpulan sasaran

  • Menyampaikan pengetahuan kewanan untuk menggalakkan tabiat kewangan yang positif dalam kalangan belia.
  • Menggalakkan pendidikan kewangan di tempat kerja untuk meninggkatkan daya tahan kewangan seterusnya akan memberi impak positif terhadap produktiviti pekerja.
  • Memupuk amalam pengurusan wang secara bijak melalui pendidikan kewangan dalam komuniti.
  • Melengkapkan inidividu yang bekerja sendiri dengan pengetahuan kewangan bagi menggalakkan kemapanan kendiri dan perniagaan.

Strategi Utama 4: Memperkasa amalan perancangan kewangan jangka panjang dan persaraan

  • Menggalakkan penggunaan alat bantu dan panduan kewangan yang inovatif bagi menambah baik perancangan kewangan jangka panjang
  • Mewujudkan kesedaran dan mempromos faedah mendapatkan nasihat profesional tentang perancangan kewangan.
  • Menggalakkan kepelbagaian dalam pendapatan melaui promosi saluran dan platform untuk simpanan secara sukarela.
  • Mendidik rakyat Malaysia supaya membuat perancangan kewangan jangka panjang untuk persaraan mereka.

Strategi Utama 5: Mengumpul dan melindungi harta

  • Meningkatkan pemahaman tentang risiko dan pulangan untuk mengumpul harta.
  • Meningkatkan kesedaran tentang inovasi produk dan perkhidmatan kewangan serta implikasinya.
  • Meningkatkan kesedaran tentang skim penipuan kewangan.
  • Menyedia dan menerbitkan bahan berkaitan produk dan perkhidmatan kewangan yang sofistikated.

Sumber: www.fenetwork.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 109/Mei 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button