Pengurusan Kewangan

Panduan Jimat Wang Untuk Pelajar Kolej Di Malaysia

Di Malaysia, seperti juga di negara lain, pendidikan masih menjadi salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan. Apabila diberi peluanguntuk belajar, pelajar Malaysia perlu mengambil peluang yang diberikan tanpa menolaknya. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh masalah kewangan, ramai pelajar didapati sukar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran apabila keperluan asas tidak dipenuhi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dipraktikkan oleh pelajar-pelajar, terutama kepada mereka yang mempunyai kewangan yang terhad.

Berkongsi segalanya dengan rakan sebaya anda

Jika anda mempunyai rakan yang ramai, ia akan menjadi sesuatu yang ideal jika anda semua saling bantu-membantu dari segi kewangan dengan berkongsi beban kewangan bersama. Contohnya, makanan secara berkongsi atau berkumpulan akan menjadi lebih murah daripada membeli makanan secara individu.

Berkongsi kenderaan atau kereta – lebih ramai rakan anda berkongsi kenderaan lebih bagus, ia juga dapat membantu mengurangkan kos pengangkutan dan petrol. Berkongsi buku, peralatan, dan lain-lain juga dapat menjimatkan kos. Pilih rakan sebilik yang boleh membantu menyimpan segala keperluan. Selagi setiap ahli kumpulan sama-sama menyumbang, maka semua orang akan sama-sama mendapat faedah.

Memaksimumkan sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti universiti

Walaupun tidak semua sekolah/kolej mempunyai kemudahan dan faedah yang sama, kebanyakan universiti menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk kegunaan pembelajaran mereka. Hal ini dapat menjimatkan wang mereka. Salah satu contoh yang baik adalah kemudahan sambungan internet secara percuma, ia dapat membantu seseorang pelajar dalam menyediakan tugasan penyelidikan. Manakala pelajar yang mempunyai sambungan internet peribadi sendiri mungkin memerlukan sebahagian besar daripada bajet bulanan pelajar.

Tahan tarikan daripada berkunjung ke kedai-kedai kopi

Ramai pelajar yang menjadikan kedai kopi sebagai tempat untuk belajar atau mendapatkan kesegaran selepas penat belajar. Walaupun ia kelihatan menarik dan bergaya, namun harga minuman di kedai-kedai kopi yang ternama mungkin di luar kemampuan anda. Anda boleh memilih untuk menghabiskan masa di tempat-tempat yang jauh lebih tenang dan damai daripada kebisingan bandar. Anda juga boleh memilih lokasi yang sesuai di dalam kampus atau berada di bilik asrama anda untuk lebih selesa.

Berhati-hati dengan kad kredit

Melengkapkan pelajar dengan kemudahan kad kredit boleh memberikan kesan yang positif dan negatif. Walaupun kad kredit boleh memberi manfaat untuk menguruskan kewangan pelajar dan menyediakan pelajar dengan dana kecemasan, namun perlu diingat bahawa apabila menggunakan kad kredit, tahap risiko kewangan tetap ada. Sebagai ibu bapa, sebelum anda mendaftarkan kad kredit untuk kemudahan pembelajaran anak anda, pastikan anda membuat kajian, buat perbandingan antara laman sesawang supaya kemudahan kad kredit tersebut boleh digunakan dengan betul.

Kehidupan di kolej adalah masa yang penting untuk membentuk keperibadian seseorang.Kualiti kehidupan yang dilalui pada masa ini akan menentukan kehidupan sebenar apabila memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu, jangan biarkan kewangan peribadi diuruskan secara negatif, kerana ia akan menjejaskan masa hadapan yang sepatutnya cerah bagi seorang pelajar.

#jimatwang #jimatbelanja #jimatkos #jimatpelajar

Sumber : Compare Hero/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 50/Jun 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button