Pelan Perbelanjaan

Pandu Uji Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Pengguna yang ingin membeli kenderaan terpakai di pasaran perlu mempunyai sedikit pengetahuan dalam membuat penilaian tentang sesebuah kenderaan yang ingin dibeli.

Ketika hendak memandu uji kereta terpakai, anda perlu menetapkan jalan yang ingin anda lalui. Anda tidak mungkin dapat menentukan keadaan sebenar kereta itu sekiranya anda hanya memandu pada satu kelajuan tetap di lebuh raya.

Sebelum Memandu Uji

  • Lihat enjin kereta sama ada ia bersih dan berkilat. Hidupkan enjin dan lihat meter suhu untuk mengetahui suhu kereta itu. Sekiranya suhu tiba-tiba naik, ini bermakna kereta itu dipanaskan sebelum anda tiba. Kebanyakan kereta mudah dihidupkan apabila ia dipanaskan terlebih dahulu. Ini mungkin menunjukkan bahawa enjin kereta itu mengalami kesukaran untuk dihidupkan sekiranya enjinnya sejuk.
  • Adakah enjin bergetar? Sekiranya masalah ini berlaku ketika anda sedang memandu uji kereta, anda hendaklah menekan dan melepaskan pedal minyak beberapa kali, perhatikan sama ada ia lancar atau tersentak-sentak.

Semasa Memandu Uji

  • Pastikan tiada bunyi yang kedengaran. Sekiranya ada bunyi yang kuat, periksa transmisi automatik sama ada ia beralih dengan lancar atau tidak. Jika kereta jenis manual, pastikan adakah mudah untuk menukar gear atau tidak.
  • Periksa brek kereta sama ada ia kuat dan bertindak balas dengan baik. Anda perlu memastikan tiada sebarang getaran dan gegaran dirasai sewaktu anda membrek kereta. Anda juga perlu memecut sedikit dan memberhentikan kereta secara mengejut bagi menguji keadaan brek serta tindak balasnya.
  • Pandu kereta di kawasan lapang kerana anda perlu memusing stereng kepada tahap maksimum untuk membuat beberapa pusingan lengkap. Periksa sama ada kereta itu mengeluarkan sebarang bunyi ketika membuat pusingan. Anda boleh┬ámemandu kereta di jalan yang berlekak-lekuk untuk menguji keadaan suspensi kereta dan pengendalian kereta sewaktu melalui jalan yang sedemikian.

Selepas Memandu Uji

  • Buka bonet kereta ketika enjin masih dihidupkan. Perhatikan ruang enjin kereta berkenaan dengan teliti dan hidu bau enjin itu. Biasanya, sebelum pandu uji kereta dicuci untuk melindungi sesuatu, ia kemungkinan tidak dapat disembunyikan lagi jika terdapat masalah seperti kebocoran cecair penyejuk (coolant) atau minyak.
  • Periksa paip ekzos untuk melihat tahap pengeluaran asap. Sekiranya asap yang dikeluarkan berwarna kebiruan (pembakaran minyak pelincir) ataupun berwarna putih seperti stim (kebocoran coolant ke dalam ruang enjin).
  • Selepas anda memeriksa sendiri keadaan kereta, tanyakan kepada pemilik sekiranya anda boleh menguji keadaan kereta ini dengan bantuan mekanik. Jika pemilik secara sukarela membenarkan, maka pemilik tidak mempunyai sebarang masalah untuk disembunyikan. Dengan itu, anda boleh membuat keputusan muktamad sama ada untuk membeli kereta tersebut atau tidak.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 80/Disember 2016

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button