Pelan PerlindunganPengguna

Pampasan Kematian Melalui Insurans/Takaful

Ramai yang mengetahui bahawa sebagai ketua keluarga, anda digalakkan mengambil pampasan kematian di bawah insurans hayat / takaful keluarga bagi memastikan waris anda dilindungi dari segi kewangan, jika terjadi sesuatu terhadap diri anda.

Selain daripada menanggung perbelanjaan waris yang ditinggalkan, pampasan kematian juga boleh digunakan untuk tujuan lain. Berikut adalah antara fungsi lain pampasan kematian insurans / takaful.

1 – Insurans / Takaful Gadai Janji Untuk Hutang Rumah 2 – Insurans / Takaful Pinjaman Pembelian Kereta 3 – Dana Pendidikan Anak-Anak
Jika anda membeli rumah dengan menggunakan pinjaman atau pembiayaan daripada pihak bank , anda digalakkan membeli perlindungan insurans /takaful gadai janji, sama ada Mortgage Level Term Takaful (MLTT) / Mortgage Level Term Assurance (MLTA) atau Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) / Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA). Polisi-polisi ini boleh digunakan sebagai pelindung terhadap pinjaman perumahan anda. Sebagai contoh, apabila berlaku tuntutan dalam kes kematian, polisi MLTT akan membayar keseluruhan pampasan kepada waris dan waris adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki pinjaman kepada bank. Ramai yang tidak tahu bahawa pinjaman pembelian kereta mereka tidak mempunyai perlindungan insurans / takaful. Walaupun sesetengah bank ada menawarkan
perlindungan insurans / takaful
untuk pinjaman atau pembiayaan
tersebut, namun tidak secara menyeluruh. Manfaat pampasan kematian juga boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang tertunggak kereta anda. Ini bagi memastikan waris anda tidak terbeban kerana perlu menyelesaikan baki pinjaman kenderaan anda.
Kebanyakan individu menyediakan simpanan dana pendidikan anakanak melalui pelaburan unit amanah. Sebagai contoh, melabur RM300 sebulan dalam unit amanah bagi tempoh 10 tahun untuk mendapatkan RM60,000. Namun, pelaburan tersebut akan terganggu apabila ibu atau ayah tersebut meninggal. Kesannya, dana pendidikan yang dirancang terhenti dan matlamat tersebut tidak tercapai. Dengan memasukkan jumlah yang sama iaitu RM60,000 dalam manfaat kematian, anda juga sudah menyediakan satu dana pendidikan jika berlaku kematian.

 

4 – Hadiah 5 – Pelengkap Faraid
Apabila menyebut tentang pampasan kematian, ramai yang hanya tertumpu kepada pasangan dan anak-anak. Namun, ramai yang terlupa bahawa pampasan kematian tersebut boleh diberikan kepada ibu bapa walaupun sudah tidak menanggung mereka. Selain itu, anda juga boleh berikan pampasan kematian kepada institusi lain seperti masjid, rumah anak yatim dan lain-lain lagi sebagai hadiah atau derma. Sistem pengurusan harta utama dalam Islam adalah sistem faraid. Manfaat kematian atau hibah boleh digunakan sebagai pelengkap kepada sistem faraid tersebut. Contohnya, individu yang mendapat bahagian yang rendah seperti isteri boleh diberikan hibah yang lebih kepadanya. Tujuannya supaya isteri dapat menjalankan tugas menjaga anak-anak dengan baik dan sempurna.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 106/Februari 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button