Skip to toolbar
Pelan Perbelanjaan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Pada 27 Mac 2020, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Pakej ini disusuli pula dengan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan” sebanyak RM10 bilion untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Pakej rangsangan oleh pihak kerajaan ini amat dialu-alukan untuk membantu rakyat menangani kekangan kewangan akibat wabak COVID-19. Walaupun ramai pengguna terjejas dan tidak  dapat menjalankan urusan kerja untuk menjana pendapatan, namun langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seharian. Di samping itu, pakej rangsangan ini juga dapat menggerakkan ekonomi rakyat yang terjejas berikutan penguncupan aktiviti ekonomi berikutan wabak COVID-19 ini.

 Antara manfaat yang diterima oleh rakyat adalah seperti berikut:

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), punca pendapatan orang ramai kebanyakannya terjejas. Bantuan Prihatin yang diberikan oleh kerajaan haruslah dihargai. Anda perlu menggunakan bantuan ini dalam menjalani kehidupan sepanjang tempoh PKP ini. Pengguna haruslah bijak dalam merancang perbelanjaan mereka. Keutamaan diberikan kepada perbelanjaan untuk barangan keperluan seharian.

Di samping itu, mereka harus menyimpan wang mereka untuk hal-hal kecemasan. Keinginan dan kehendak harus diketepikan buat sementara waktu. Dalam erti kata lain, pengguna harus menguruskan kewangan mereka dengan bijak untuk mengharungi kehidupan dalam keadaan yang selamat.”

– Dato’ Dr. Paul Selva Raj, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FOMCA

Sumber: www.pmo.gov.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 112/Julai 2020

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button