Pelan Pelaburan

Nasihat kepada Pembaca terhadap Skim Penipuan

Untuk mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa ingat petua-petua perlindungan seperti berikut:

  • Hindari daripada sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil. Berhati-hatilah terhadap syarikat yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang pada satu tempoh masa yang pendek. Anda mesti ingat bahawa setiap pelaburan melibatkan risiko dan anda tentu selalu dengar ‘pulangan tinggi berisiko tinggi’. Ambil langkah berhati-hati terutama jika pelaburan itu kononnya akan memberi pulangan tinggi dengan risiko yang rendah atau tiada risiko langsung.
  • Jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa ‘peluang’ dalam keadaan mendesak, umpamanya ‘tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad’ atau ‘beli sekarang, jika tidak, anda akan menyesal’. Ingatlah, jika perniagaan itu sah, ia akan tetap wujud esok, minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan.
  • Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat tersebut. Juga, mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus atau laporan tahunan syarikat itu sebelum membuat pelaburan.
  • Jangan memberikan sebarang maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat itu.
  • Jangan takut bertanya soalan. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak faham dan jangan menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan. Siasat sendiri.
  • Sentiasa memeriksa laman web pihak pengawal selia, contohnya laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti (www.sc.com.my) untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran untuk pelabur. Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan dan langkah-langkah pencegahan, orang ramai juga boleh melawat laman amaran penipuan kewangan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my
  • Jika ragu-ragu, jangan melabur.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button