Nak simpan RM2,000 setahun? Bagaimana?

Ramai tahu simpanan itu penting, tetapi nak menyimpan itu yang susah. Ramai yang bergaji kecil rasa mereka tak mampu nak menyimpan duit untuk dana kecemasan, persaraan dan sebagainya. Tapi ini bykan alasan untuk anda berputus asa dan mengalah. Ada banyak cara dan strategi yang boleh kita gunakan untuk menyimpan duit, walaupun gaji bulanan anda tak besar.
-
Simpan sebelum berbelanja
Kalau anda dapat menyimpan RM150 sebulan selama 12 bulan, anda dapat mengumpul hampir RM2,000 setahun.
-
Jika makan di luar, pesan air suam
Tahukan anda dengan meminum hanya air kosong (20 sen) atau bawa air sendiri setiap kali makan di luar, anda dapat berjimat RM 5 sehari, untuk tempoh setahun ia akan menjadi RM2,000.
-
Menggunakan pengangkutan awam
Ramai akan mengeluh sekiranya diminta untuk menggunakan pengangkutan awam kerana ketidakselesaan, tidak menepati masa, kesesakan dan sebagainya. Tetapi hakikatnya ia memang boleh membantu untuk mengurangkan belanja.
Kalau pengangkutan awam digunakan dua kali seminggu, penjimatan sebanyak RM120 boleh diperolehi dalam sebulan dan dalam masa setahun boleh mencecah RM1,440.
-
Semak harga satu unit
Buat perbandingan harga satu unit untuk semua barang yang hendak dibeli. Anda akan dapat lihat penjimatan beberapa sen di sana dan beberapa sen di sini.
Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 83/Mac 2017