PenggunaPerancangan KewanganPinjamanTip dan Panduan

MyKNP Sediakan Khidmat Nasihat untuk Pembiayaan

Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) merupakan kerjasama antara Bank Negara Malaysia (BNM), Credit Guarantee Corporation (CGC) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada pemohon yang tidak berjaya mendapatkan pembiayaan PKS atau pembiayaan perumahan.

MyKNP merupakan satu lagi usaha yang dilaksanakan secara kolektif dalam ekosistem pembiayaan yang sedia ada. MyKNP bertujuan memberikan panduan yang lebih baik kepada pemohon pembiayaan, termasuk meningkatkan kefahaman pemohon tentang faktor-faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan mereka serta meningkatkan kelayakan mereka untuk mendapatkan pembiayaan pada masa hadapan.

Pemohon yang tidak berjaya mendapatkan pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau pembiayaan perumahan boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan menghubungi sama ada MyKNP @ CGC (pembiayaan PKS) atau MyKNP @ AKPK (pembiayaan perumahan), dan mendapatkan khidmat nasihat yang berikut:

  • Penjelasan lanjut berhubung dengan sebab-sebab permohonan pembiayaan daripada institusi kewangan tidak berjaya;
  • Khidmat nasihat untuk meningkatkan kelayakan bagi permohonan pembiayaan pada masa hadapan; dan
  • Maklumat tentang sumber pembiayaan alternatif (untuk PKS) atau penyelesaian alternatif (bagi pembeli rumah).

Bagaimana MyKNP Berfungsi?

Sumber: www.myknp.com.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 109/Mei 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lihat Juga
Close
Back to top button