Pelan Pendapatan

Multiple Streams of Passive Income Online

Impian Anda

Tidakkah anda sentiasa mengimpikan kebebasan kewangan (financial freedom) dalam hidup anda? Tidakkah anda mempunyai impian untuk pergi menunaikan haji atau umrah setiap tahun atau pergi bercuti lama bersama pasangan hidup anda & ahli keluarga anda ke beberapa lokasi terkenal dan menarik di seluruh dunia atau pun ingin memiliki rumah impian anda yang sering anda lihat di kaca TV?

Atau kini anda ingin menghabiskan lebih banyak masa untuk berada di masjid, beribadah dan menghadiri kelas-kelas pengajian agama yang selama ini tidak berupaya dilakukan dengan bebas disebabkan kekangan masa dan kewangan anda yang tidak mengizinkan?

Bagi sebahagian besar daripada kita, ianya adalah suatu impian yang hanya akan tinggal sebagai impian yang mungkin tidak kesampaian kerana kekangan masa dan kewangan yang diperolehi di dalam pekerjaan atau perniagaan mereka tidak memungkinkan ianya untuk dicapai.

Di dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat dan meruncing pada hari ini, tekanan untuk saraan hidup apatah lagi untuk memiliki gaya hidup yang lebih selesa serta untuk memenuhi segala impian anda, tentunya ia menjadi suatu yang sangat sukar dan memerlukan jumlah kewangan yang besar dan kukuh.

Oleh kerana itu, bagi merealisasikan impian anda ini, mewujudkan beberapa saluran atau aliran pendapatan atau lebih popular disebut dalam bahasa inggerisnya ‘multiple streams of income’ merupakan suatu langkah yang sangat wajar malah merupakan satu tindakan yang terbaik untuk anda lakukan pada ketika ini!

Berita Baik!

Dan berita baiknya adalah… memiliki beberapa saluran pendapatan dalam satu masa kini semakin mudah untuk dicapai malah ribuan orang di seluruh dunia telah melakukannya. Ramai yang telah memiliki multiple streams of income ketika mana mereka masih lagi bekerja di dalam pekerjaan sepenuh masa mereka, malah ramai juga di antara mereka yang telah mampu meninggalkan pekerjaan mereka dan memulakan perniagaan mereka sendiri di rumah dengan menikmati potensi pendapatan yang jauh lebih besar tanpa had serta menikmati ruang masa lapang yang mana tidak boleh dijual beli.

Anda juga boleh memulakan perniagaan anda sendiri dan mencipta multiple streams of income. Ya, ianya adalah sesuatu yang tidak mustahil dan memang boleh berlaku jika dilakukan dengan betul. Tahukah anda bahawa ribuan orang di seluruh dunia pada ketika dan saat ini, ketika mana anda sedang membaca artikel ini, mereka sedang menikmati pelbagai peluang di luar sana, dan kebanyakan mereka telah menikmati kehidupan mereka sepertimana yang mereka kehendaki, kesemuanya kerana mereka memiliki multiple streams of income!

Atas dasar ini dan bagi memudahkan misi ini tercapai serta lebih ramai orang dapat menikmati peluang mencipta multiple streams of income online ini, maka Bijak Wang Planner dengan kerjasama Jutawan Network telah mengambil inisiatif untuk menyediakan satu platform khas yang mudah untuk disertai oleh sesiapa sahaja di mana kami menawarkan satu peluang perniagaan berkonsepkan ‘Business-In-A-Box’ yang dilengkapi dengan segala alat, sistem, latihan dan bimbingan yang perlukan oleh para usahawan internet yang ingin memulakan langkah bagi mencipta pendapatan Multiple Streams of Passive Income Online, hanya bekerja dari rumah.

Bersama Platform Bijak Wang, kini anda boleh melakukannya!

Meletakkan Kesemua Telur Di Dalam Satu Bakul

Salah satu kesilapan terbesar yang dilakukan oleh ramai usahawan termasuk usahawan internet dan usahawan dari rumah ialah mereka membina perniagaan hanya dengan satu produk atau satu saluran pendapatan sahaja. Terdapat pepatah mengatakan: “Jangan meletakkan kesemua telur dalam satu bakul”. Bagaimanakah pepatah ini terpakai kepada orang yang membina perniagaan dari rumah atau usahawan online?

Jika anda melihat kepada beberapa bentuk dan jenis perniagaan online serta membuat sedikit kajian terhadap mereka yang berjaya membuat duit besar di internet di seluruh dunia, pasti anda akan mendapati ada satu perkara yang menonjol. Sebahagian besar daripada mereka telah membina multiple stream of income online berbanding dengan hanya ‘meletakkan kesemua telur dalam satu bakul’.

Dalam konteks menjana pendapatan seperti ini, ‘Multiple Streams of Income’ bermaksud anda memperolehi pendapatan melalui lebih daripada satu saluran atau sumber pendapatan sebulan. ‘Meletakkan kesemua telur di dalam satu bakul’ membawa maksud anda hanya bergantung harapan sepenuhnya kepada satu sumber pendapatan untuk memenuhi keperluan anda.

Di dalam dunia pekerjaan mahupun perniagaan ‘off-line’, ramai orang keluar mencari pekerjaan atau berniaga dengan berharap untuk terus kekal dengannya dan berusaha untuk menaiki pangkat atau fokus kepada satu bidang perniagaan sahaja sebagai kerjaya jangka panjang mereka. Akan tetapi pada hakikatnya, mereka sebenarnya telah meletakkan kesemua telur ke dalam satu bakul apabila merujuk kepada kerjaya mereka tadi.

Sebaliknya, para pemilik bisnes online serta usahawan internet dari rumah berpeluang besar untuk menjana pendapatan daripada pelbagai sumber dengan menyertai pelbagai program bisnes online dan memiliki lebih daripada sebuah laman web. Atau pun mereka mempunyai sumber pendapatan lain seperti menjual produk-produk affiliate kepada ‘mailing list’ mereka yang sangat besar.

Berdasarkan pengalaman saya setelah bertahun-tahun menceburi bidang pemasaran internet sepenuh masa ini, bagi saya adalah lebih mudah dan lebih wajar sebenarnya untuk menjana pendapatan RM1,000 sebulan dari 20 program bisnes online berbanding untuk menjana pendapatan RM20,000 sebulan hanya dari satu program sahaja. Sudah tentu risiko yang diambil di dalam model yang kedua ini juga adalah lebih tinggi andaikata berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kepada program tunggal yang memberikan anda pulangan yang besar tersebut, yang mana kemungkinan untuk anda terkeluar daripada bisnes adalah jauh lebih tinggi!

Maka memiliki pendapatan ‘multiple passive income streams’ merupakan satu perkara yang seharusnya perlu difikirkan secara serius malah sangat patut dilakukan kerana..

Pertama: Sebagai satu tindakan bagi menyediakan ‘backup plan’ yang kukuh supaya dapat mengurangkan risiko ‘meletakkan kesemua telur dalam satu bakul’ di samping sebagai satu usaha untuk melindungi bisnes dan pendapatan yang telah dibina dan dibangunkan selama ini agar lebih terjamin dan tidak akan terjejas seandainya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap bisnes kita itu.

Kedua: Sebagai satu langkah bijak memanfaatkan kuasa ‘leverage’ daripada kehebatan kuasa internet dan sistem duplikasi bagi memungkinkan pendapatan berganda ‘multiple streams of passive income’ dapat dilakukan. Untuk melengkapkan hasrat ini, Jutawan Network telah menyediakan platform Online Business Solutions yang lengkap untuk dimanfaatkan (leveraging) bagi merealisaikan impian anda!

Model Bisnes Online Terbaik

Jika ditanya, apakah jenis atau model bisnes online yang wajar dan paling sesuai untuk membina pendapatan ‘multiple streams of passive income online’ ini, maka perniagaan di dalam Bisnes Networking atau Network Marketing atau Affiliate Marketing adalah merupakan di antara contoh bisnes online terbaik untuk melakukannya pada masa ini.

Jika dikaji pada masa lalu, memang tidak ada sesiapa yang berani untuk membina lebih daripada satu bisnes networking. Pertamanya, mereka akan dilihat sebagai tidak setia kepada syarikat. Keduanya, memang tidak ada sesiapa pun yang mempunyai masa untuk melakukan lebih daripada satu bisnes networking pada masa itu.

Namun pada hari ini, sebenarnya kita mampu dan boleh menyertai dan memasarkan beberapa program dalam satu masa. Dengan adanya kuasa internet kita berpeluang untuk ‘leverage’ ke atasnya untuk kita menjana pendapatan lebih daripada satu bisnes networking atau affiliate di dalam satu masa, malah jika ianya dapat dibuat dengan cara yang betul dan bijak, kita tidak perlu menambah sebarang usaha untuk melakukannya. Terima kasih kepada internet!

Maka atas hakikat ini jugalah, salah satu kaedah bagi merealisasikan perkara ini, kami di Jutawan Network telah mengambil langkah untuk menyediakan satu sistem pemasaran internet lengkap yang mudah diikuti dan tersedia untuk digunakan (Done-For-You-System).

Dengan adanya platform dan sistem duplikasi mudah lagi hebat yang diberi nama ‘Jutawan Online Business Solutions’ (JOBS) yang disediakan di Platform BijakWang ini, peluang untuk anda menghasilkan ‘Multiple Streams of Passive Income Online’ kini menjadi lebih mudah dan mampu menjadikan IMPIAN ANDA SATU REALITI!

Sekian, terima kasih.

Salam Jutawan daripada saya,

profile-pic-sq

Mohd Safri Mahat
Founder & Presiden
Bijak Wang Planner & Jutawan Network Group


Video Berkaitan Mengenai Mesej Di Atas

Saksikan video di bawah ini penerangan ringkas mengenai Multiple Sources of Income oleh BOB PROCTOR, seorang tokoh tersohor dunia sebagai seorang konsultan, penulis, pensyarah, motivator di dalam pembangunan peribadi. SILA TENGOK SAMPAI HABIS!

SELEPAS BACA & FAHAMI…
LANGKAH SETERUSNYA…

Mesej di atas tidak akan menjadi apa-apa kesan melainkan jika anda…

MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA!

AYUH! MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA ANDA..
JUST FOLLOW STEP BY STEP..

daftar-sekarang

 


JEMPUTAN KE SESI PENCERAHAN
Bijak Wang Entrepreneur Program:

Anda dijemput hadir ke Sesi Pencerahan ‘Bijak Wang Entrepreneur Program’ yang kini sedang berlangsung dengan mendaftar sesi di bawah.

button-preview

SELAMAT BERJAYA!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button