Pelan PenyimpananPengguna

Mesin Deposit Duit Syiling bagi Memudahkan Proses Mendepositkan Duit Syiling

Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa Mesin Deposit Duit Syiling kini terdapat di seluruh negara bagi memudahkan proses mendepositkan duit syiling oleh perniagaan dan orang ramai. Sebanyak 236 buah Mesin Deposit Duit Syiling telah ditempatkan di institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji.

Setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka, dan pada masa yang sama, boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj.

Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang, manakala pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang . Bagi Mesin Deposit Dui t Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempat-tempat yang terdapat Mesin Deposit Duit Syiling, sila lawati laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov. my atau hubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk butiran lanjut.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 50/Jun 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button