Pelan PerbelanjaanPengurusan Kewangan

Mengurus Kos Sara Hidup Yang Semakin Meningkat

Dalam menghadapi cabaran hidup yang kian mencabar, rakyat Malaysia perlu bersedia untuk mengubah kehidupan mereka bersesuaian dengan perubahan yang berlaku pada masa ini. Perubahan dasar kerajaan terhadap subsidi turut memberi kesan kepada kehidupan sebahagian rakyat.

Sebenarnya rakyat yang perlu membuat perubahan terhadap kehidupan mereka berdasarkan kemampuan mereka sendiri. Perubahan terhadap gaya hidup perlu dilakukan jika ia menyebabkan peningkatan kos sara hidup sehingga akhirnya membebankan kehidupan.

Panduan untuk Membantu Anda Menguruskan Peningkatan Kos Sara Hidup

  1. Anda perlu berazam menjalani kehidupan mengikut kemampuan sendiri.
  2. Anda perlu belajar untuk membezakan antara keperluan dan kehendak, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Ia akan membantu menentukan apa yang perlu ada di dalam senarai kos sara hidup dan kos gaya hidup supaya anda tidak menggabungkan kedua-dua kos tersebut.
  3. Menggunakan pengangkutan awam yang semakin banyak dan mudah untuk mengurangkan kos pengangkutan harian.

Apa yang Boleh Dilakukan Oleh Kerajaan untuk Rakyat Malaysia?

Polisi harus dilaksanakan untuk memastikan keseimbangan gaji rakyat Malaysia. Kerajaan disarankan agar memastikan pendapatan rakyat Malaysia bukan sahaja meningkat, kenaikan itu juga perlu selaras dengan kenaikan kos sara hidup. Kerajaan perlu menyediakan beberapa langkah sebagai persediaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, yang tempohnya kurang dari dua tahun.

Selain itu, kerajaan juga harus memperkenalkan pendidikan kewangan di peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk mendidik rakyat untuk lebih bertanggungjawab terhadap aspek pengurusan kewangan mereka. Kos hidup yang semakin meningkat ini boleh diurus dengan lebih baik apabila rakyat Malaysia semakin terdidik dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul.

Walaupun kita tidak mempunyai kawalan ke atas pergerakan harga barangan yang meningkat hasil daripada kesan inflasi, namun kita mempunyai kawalan terhadap perbelanjaan kita sendiri.

Apa yang boleh dilakukan ialah anda perlu fokus pada perbelanjaan yang menjadi kehendak dan mengawal diri daripada membeli barang-barang mewah. Langkah pertama adalah dengan mempunyai ilmu pengetahuan tentang kewangan. Pelajaran yang utama di sini ialah:

  • Dapat membezakan antara kos sara hidup dan kos gaya hidup.
  • Meningkatkan ilmu kewangan dengan memahami konsep kewangan seperti faedah kompaun dan inflasi.
  • Elakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam perbelanjaan sehingga melebihi kemampuan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button