Bajet dan Aliran TunaiEkonomiPelan PendapatanPelan PerbelanjaanPenggunaPengurusan KewanganTip dan Panduan

Mengapa Wajib Miliki Pendapatan Pasif Kalis Ekonomi (PPKE)

Melalui artikel ini, saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman saya selama 35 tahun dalam dunia kewangan peribadi ini, mengenai “Pendapatan Pasif Yang Kalis Ekonomi” atau ringkasnya PPKE, yang mana terma ini belum pernah disebut secara khusus di mana-mana sebelum ini, yang saya kira amat penting untuk dijadikan sebagai sasaran utama mahupun sebagai topik perbincangan dan literasi dalam konteks Pengurusan Kewangan Peribadi.

Berikut saya senaraikan 12 point atau sebab dan alasan mengapa seseorang itu wajib untuk mencipta dan memiliki Pendapatan Pasif Yang Kalis Ekonomi ini dalam Pengurusan Kewangan Peribadi mereka.

1. Kami amat menyarankan bahawa Langkah Pertama dan Utama yang WAJIB dan TIDAK BOLEH TIDAK dilakukan oleh setiap orang ialah untuk mencipta Pendapatan Pasif Yang Kalis Ekonomi (PPKE) sepantas mungkin dan seawal usia! Inilah jenis PENDAPATAN TERULUNG yang akan menjadi SENJATA UTAMA untuk Pengurusan Kewangan Peribadi yang terbaik tanpa sebarang masalah serta berupaya untuk kekal stabil berpanjangan sepanjang hayat.

2. Lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi semasa dan cabaran akan datang yang semakin getir dan tidak menentu, langkah untuk memiliki Pendapatan Terulung PPKE yang lebih stabil, kukuh dan terjamin untuk tempoh jangka panjang ini merupakan langkah persediaan dan jalan penyelesaian terbaik yang sepatutnya dilakukan SEGERA sebelum keadaan menjadi bertambah buruk dan kritikal!

3. Begitu juga sebagai persediaan bagi menghadapi kehidupan hari tua, yang mana usia semakin meningkat, kesihatan dan tenaga semakin berkurang untuk terus bekerja. Di usia sebegitu, sudah pasti kita masih memerlukan sumber pendapatan yang terus mengalir tanpa perlu lagi bekerja pada ketika itu. Sekali lagi, PPKE adalah penyelesaian terbaik!

4. Pendapatan Pasif tidak diajar secara formal di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi, atau pun di mana-mana alam pekerjaan. Mungkin ia hanya diperkatakan di dunia bisnes, itupun hanya segelintir 1% usahawan sahaja yang benar-benar faham dan menjadikannya sebagai matlamat utama! Sebaliknya di BW, kami meletakkan PPKE ini sebagai subjek utama dan pendapatan terulung yang wajib dipelajari dan diperolehi sebagai Senjata Paling Ampuh untuk membina Pengurusan Kewangan Peribadi yang kukuh bagi mencapai segala matlamat-matlamat kewangan yang diimpikan.

5. Apabila bercakap tentang Pendapatan Pasif, kekuatan dan kelebihannya bukan semata-mata dari segi pendapatannya yang stabil dan tidak perlu bekerja secara aktif, tetapi perkara yang lebih penting ialah mengenai Kebebasan (Freedom) yang diperolehi, samada Kebebasan Kewangan, Kebebasan Masa mahupun Kebebasan Membuat Pilihan mengikut keperluan dan kehendak anda, demi keluarga, agama, kehidupan di dunia dan akhirat! Anda Bebas Membuat Pilihan!

6. Pendapatan Pasif dikaitkan secara langsung dengan Kebebasan Kewangan! Secara umumnya, seseorang itu dikatakan telah mencapai Kebebasan Kewangan apabila Pendapatan Pasif yang diterima setiap bulan tanpa perlu bekerja, telah dapat menampung atau membiayai segala perbelanjaan bulanannya.

7. Pendapatan Pasif Berulang (Residual Passive Income) pula diperolehi apabila hanya dengan membuat kerja sekali, tetapi pendapatan akan diterima berulangkali secara berkala setiap bulan tanpa henti sepanjang hayat, sepertimana perniagaan TNB, Unifi, Telekom, Syabas, Telco, Astro dan seumpamanya. Dengan ini, kita tidak perlu lagi berpenat-lelah bekerja keras berulang-kali untuk menjana pendapatan setiap bulan. Jika tidak bekerja, tiada pendapatan!

8. Lebih hebat lagi, jika PPKE yang diperolehi ini berlaku secara terkumpul (accumulated) dan berkembang secara berganda (exponential), kita bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kewangan sekali buat selamanya (Once and Forever), malah pendapatan yang diperolehi akan meningkat dan terus meningkat dari bulan ke bulan tanpa perlu dijaga!

9. Dengan strategi mencipta Pendapatan Pasif Kalis Ekonomi yang betul dan tepat, ia bukan sahaja boleh dijadikan sebagai Pelan Pendapatan Kedua dan Pelan Perlindungan Pendapatan (Income Back-up Plan) terbaik, Pelan Persaraan Awal (Early Retirement Plan) terbaik, Pelan Pewarisan terbaik, malah juga sebagai Pelan Penggantian Pendapatan terbaik kerana sifat pendapatannya yang stabil, terkumpul (accumulated) dan tidak perlu lagi bekerja setelah memperolehinya, serta terus meningkat dan meningkat tanpa had sepanjang hayat anda!

10. Berpandukan Cash Flow Quadrant Robert Kiyosaki, Pendapatan Pasif ini berada di kuadran yang disarankan iaitu di Kuadran B (Business Owner) dan I (Investor) iaitu pendapatan diperolehi menggunakan ‘Kuasa Leverage’, sebaliknya Pendapatan Aktif pula di mana ramai orang berada iaitu di Kuadran E (Employee) dan S (Self-Employed) yang tidak menggunakan Leverage, tetapi banyak menggunakan masa dan tenaga (hard earned income).

11. Secara ringkasnya, Pendapatan Pasif adalah berkaitan dengan Work Smart (Kerja Bijak), sedangkan Pendapatan Aktif berkaitan Work Hard (Kerja Keras)!

12. Jika anda belum lagi memiliki PPKE, inilah masa yang terbaik sebelum keadaan menjadi semakin parah, untuk anda memulakan langkah “Baby Step” anda sekarang! Jangan beri ruang untuk bertangguh! Masa itu sangat berharga, lebih berharga dari emas. BW telah pun mempermudahkan jalannya untuk mencapai PPKE ini. Dengan langkah ini, kewangan tidak akan lagi menjadi masalah kepada anda, selamat tinggal dan bye-bye kepada masalah kewangan.

Penulis:
Mohd Safri bin Mahat, PPT, IFP
Perancang Kewangan Islam Bertauliah (IFP)
dan Founder Bijak Wang Planner

Artikel Berkaitan

Back to top button