Bajet dan Aliran TunaiPelan PendapatanPelan PerbelanjaanPengurusan KewanganPerancangan KewanganTip dan Panduan

Mengapa Guna Strategi Ubah Perbelanjaan Asasi Menjadi Pendapatan Pasif?

Berikut adalah 15 sebab mengapa BW menggunakan Strategi Ubah Perbelanjaan Asasi Menjadi Pendapatan Pasif.

1. Mudah Untuk Bermula
Persoalan yang sering timbul ialah di mana dan bagaimana untuk bermula. Melalui strategi ini, semua orang berpeluang memiliki Pendapatan Pasif Kalis Ekonomi (PPKE) kerana sesiapa pun boleh bermula dengan mudah, tanpa modal, hanya jadi pengguna bijak, guna bajet sedia ada, produk/servis yang memang sedia diguna, dan boleh bermula serta merta! Lagi cepat, lagi bagus untuk capai Kebebasan Kewangan sepantas mungkin!

2. Menutup Kebocoran Aliran Wang Keluar
Walau apa pun pekerjaan anda, makan gaji atau bisnes, anda tetap mengeluarkan perbelanjaan asasi ini. Sekurang-kurangnya dapat membantu menutup dan menampung kebocoran aliran tunai yang terpaksa keluar akibat perbelanjaan keperluan asasi (dharuriyyat & hajiyyat) setiap bulan selama ini sejak bertahun-tahun lamanya, malah berpotensi besar untuk mencipta PPKE yang sangat hebat ini!

3. Jika Anda Tidak Mengubahnya…
Sekiranya anda tidak mengubahnya atau tidak membuat sesuatu untuk mencipta dan memiliki PPKE dan terus membiarkannya berterusan, kemungkinan besar anda akan terus menggunakan sumber pendapatan aktif yang diperolehi di tempat lain (samada makan gaji, perniagaan dll) yang menggunakan masa, usaha dan kerja keras anda (your hard earned money) semata-mata untuk menanggung atau membiayai kebocoran bulanan yang pasti ini sepanjang hayat anda! Jika tidak, tiada siapa yang akan membayarnya, kecuali anda!

4. Tiada Risiko Kerugian
Tiada risiko rugi apa-apa, sebagai pengguna dapat produk/servis sama seperti sebelum ini, malah dapat lebih baik seperti jaminan kualiti, pulangan balik 90 hari, cash back, diskaun hebat, point redeem, khairat kematian, dan paling penting, peluang menjana pendapatan, pelbagai jenis bonus, umrah, pakej pelancongan dan sebagainya, bergantung kepada produk/servis yang diambil.

Malah jika diikutkan, selama ini pun anda memang telah berada dalam kerugian kerana wang sentiasa mengalir keluar setiap bulan dari poket anda tanpa berpeluang untuk menutup kebocoran ini melalui perkongsian untung dengan pihak penjual/ penyedia perkhidmatan.

5. Produk-Produk Keperluan Asasi Permintaan Tinggi (Highly Demand Products)
Bukan calang-calang produk/perkhidmatan, produk wajib, keperluan asasi, bukan produk pilihan/sampingan, permintaan tinggi (highly demand), pembelian berulang, produk untuk semua, kalis ekonomi, keperluan sepanjang hayat. Oleh itu, Perbelanjaan Asasi merupakan Aset Terbaik dan Paling Bernilai yang anda sedang miliki yang perlu anda manfaatkan (utilize) sepenuhnya dan sebaik mungkin. Jangan sesekali dibazir dan dipersia-siakan begitu sahaja. Jika anda tidak manfaatkan, orang lain yang akan memanfaatkannya untuk mereka!

6. Tak Perlu Guna Wang Kerja Keras Anda (Your Hard Earned Money)
Anda tidak perlu lagi menggunakan wang hasil dari kerja keras tenaga (tulang empat kerat) dan masa anda (hard earned money) anda semata-mata untuk menampung dan membiayai perbelanjaan2 asasi anda setiap bulan, malah termasuk juga perbelanjaan2 besar seperti pelancongan, kereta dan rumah idaman melalui tawaran hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk dicapai secara percuma.

7. Semua Golongan Dapat Dibantu
Semua orang termasuk dari golongan miskin, B40, asnaf, mahupun muflis sekalipun, berpeluang untuk membina PPKE ini kerana mereka boleh bermula hanya dengan menukar tempat mereka berbelanja keperluan asasi mereka mengikut bajet sedia ada mereka setiap bulan. Dibantu dengan segala sistem khidmat sokongan yang telah disediakan di BW, maka semua orang mempunyai peluang dan potensi yang besar untuk memperolehi PPKE ini dengan jayanya! InsyaAllah.

8. Peta Jalan atau Road Map PPKE

BW telah menyediakan Road Map mengurus Perbelanjaan Asasi menjadi PPKE mengikut Tahap Pencapaian:

Tahap 1: Setidaknya boleh berjimat sebagai pengguna dengan mendapat produk terbaik, berkualiti, cashback, diskaun, khairat kematian, point dan lain-lain mengikut produk/perkhidmatan yang diambil.

Tahap 2: Sekurang-kurangnya dapat membiayai atau menutup kebocoran perbelanjaan tersebut secara PASIF sehingga seolah-olahnya mendapat produk/ perkhidmatan tersebut secara percuma setiap bulan.

Tahap 3: Jumlah Pendapatan Pasif dapat membiayai keseluruhan Perbelanjaan Bulanan, dengan ini anda telah Bebas Kewangan

Tahap 4: Membina Pendapatan Tsunami Wang melimpah-ruah

Tahap 5: Berupaya meninggalkan Legasi & Pahala melimbah-ruah selepas kematian!!! Ultimate Goals!

Satu Road Map kewangan yang jelas dari tahap bermula sehingga akhir, praktikal dan boleh dicapai (achievable)!

9. Jika Anda Tiada Masalah Kewangan…
Sekiranya anda tiada masalah kewangan sekali pun, setidak-tidaknya ia dapat menampung kebocoran, membiayai perbelanjaan dengan duit orang lain secara pasif yang tidak perlu dijaga pun, dan tidak perlu menggunakan wang dari hasil kerja keras mendapatkan Pendapatan Aktif anda. Anda juga mungkin sukar untuk menolong orang ramai dengan skala yang besar dan secara berterusan. Tetapi anda boleh membantu mereka dengan cara memberi peluang ini kepada orang lain yang tidak mampu seperti anda.

10. Hanya Jadi Pengguna Bijak, Bukan Buat Bisnes Pun…
Di BW, untuk menjana PPKE, anda tidak perlu fokus buat bisnes susah-susah sepertimana di tempat lain. Anda hanya perlu menjadi pengguna bijak sahaja iaitu dengan mengamalkan tabiat berbelanja di “kedai sendiri” dahulu yang diuruskan oleh rakan kongsi dan Sistem BW yang membantu. Anda boleh terus melaksanakan tugas, kerja atau bisnes anda sedia ada seperti biasa, ia tidak akan mengganggu kerjaya dan bajet anda. Tugas anda hanya perlu berkongsi info dan kebaikan yang telah disediakan sahaja.

11. Jangan Persiakan Aset Paling Bernilai Anda
Anda tidak akan lagi membazir atau mensia-siakan perbelanjaan asasi yang memang setiap bulan pasti anda akan keluarkan di “kedai orang lain” tanpa apa-apa pulangan dalam bentuk pendapatan daripada mereka. Dengan tabiat berbelanja di “kedai anda” dahulu, anda dapat mengambil peluang keemasan untuk memanfaatkan (utilize) dan mengembangkan perbelanjaan asasi anda menjadi ASET PALING BERNILAI bukan hanya berjimat, malah membina PPKE yang bukan sedikit, tetapi mampu menjadi Tsunami Wang yang akan mentransformasi 360° kewangan ini buat selamanya, InsyaAllah.

12. Kini Menjadi Aliran Tunai Masuk
Dengan strategi ini juga, jika selama ini perbelanjaan tersebut hanya berada di sebelah Aliran Tunai Keluar semata-mata, tetapi kali ini ia juga akan berada di sebelah Aliran Tunai Masuk daripada pelbagai sumber pendapatan pasif yang akan diterima.

13. Berkongsi Ilmu Untuk Kebaikan Bersama
Sebahagian orang agak keberatan untuk menjemput atau mengajak rakan-rakan untuk membuat bisnes dan penolakannya agak tinggi. Namun di BW penekanan kami di sini ialah untuk mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak dengan hanya menjadi Pengguna iGeniu$ di samping belajar ilmu-ilmu pengurusan kewangan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Dengan ini lebih mudah dan sebaiknyalah kita perlu berkongsi ilmu dan kebaikan-kebaikan ini dengan seramai mungkin orang untuk diberi ilmu dan dibantu urus kewangan mereka.

14. Jangan Pandang Remeh Potensinya!
Jangan pandang rendah dengan kemampuan dan potensi perbelanjaan asasi kita, yang mungkin disebabkan hanya dengan perbelanjaan yang agak kecil, kerja yang simple dan tanpa modal besar-besar seperti kebiasaannya. Tapi ketahuilah, selama ini ada orang lain telah menjadi kaya-raya pun dan mendapat Pendapatan Pasif daripada perbelanjaan-perbelanjaan kita.

Kini kita semua mempunyai peluang untuk mengubah menjadi sebaliknya. Kita hanya perlu bekerja secara bijak (work smart) menggunakan Leverage, dan berkolaborasi di BW, Pendapatan Pasif yang akan diterima mungkin jauh lebih mudah dan besar daripada apa yang sedang anda perolehi sekarang ini, malah mungkin lebih besar daripada gaji CEO berpengalaman di luar sana! InsyaAllah..

15. Jom Mulakan Tabiat Baru!
Cukup-cukuplah selama ini kita hanya meng”kaya’kan orang lain. Berilah peluang terakhir atau muktamad kepada diri anda kali ini untuk mengubah hidup anda. Jom kita mulakan tabiat baru dengan berbelanjalah di “kedai anda” terlebih dahulu. InsyaAllah, pulangannya sangat-sangat hebat sedang menanti anda di puncak kejayaan! InsyaAllah.

#jimatwang #jimatbelanja #jimatkos #pendapatanpasif

Penulis:
Mohd Safri bin Mahat, PPT, IFP
Perancang Kewangan Islam Bertauliah (IFP)
dan Founder Bijak Wang Planner

Artikel Berkaitan

Back to top button