Pengurusan HutangPengurusan Kewangan

Mencapai Kebebasan Kewangan

Menurut Laporan Kestabilan Kewangan Dan Sistem Pembiayaan 2010 yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia, nisbah khidmat bayar hutang adalah 47.8% pada tahun 2010. Ini bermaksud bagi setiap pendapatan isi rumah berjumlah RM1, sebanyak 47.8 sen akan digunakan untuk membuat pembayaran pinjaman.

Kaji selidik HSBC baru-baru ini juga menyatakan rakyat Malaysia merupakan perancang kewangan yang paling produktif, tetapi 68 peratus daripada mereka masih lagi bimbang yang mereka tidak mampu mengatasi masalah kewangan dalam persaraan.

Laporan ini menggambarkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya masih belum bersedia untuk menghadapi persaraan dan kurang memahami tentang kepentingan perancangan kewangan yang berkesan. Untuk mencapai kebebasan kewangan secara keseluruhan memerlukan komitmen, kesungguhan dan motivasi yang tinggi bahawa kejayaan ini bakal membawa satu perubahan dalam kehidupan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mencapai kebebasan kewangan yang boleh dijadikan sebagai panduan.

i) Menyelesaikan semua hutang

Senaraikan semua kategori hutang mengikut urutan jumlah ansuran, baki hutang, kos pinjaman dan tempoh bayaran. Hutang ini perlu disusun bermula dari sedikit hingga yang banyak. Nyatakan juga hutang rasmi dan tidak rasmi anda. Contohnya:-

Hutang Rasmi

Hutang Tidak Rasmi

Jumlah hutang Rasmi
+ Jumlah hutang tidak rasmi
= RM 2,580.00

Anda terkejut dengan jumlah hutang anda? Mungkin selama ini anda hanya mencongak dan tidak menyedari jumlah hutang yang anda tanggung setiap bulan. Mulakan langkah dengan mencatatkan semua hutang.

a) Langsaikan hutang yang sedikit dahulu

Merujuk pada hutang di atas, komitmen anda terhadap hutang adalah sebanyak RM2,580.00. Bermula pada bulan seterusnya, peruntukkan lebih sedikit wang anda, mungkin sebanyak RM2,680.00. Anda perlu membayar semua hutang anda dengan jumlah minimum dan bayar lebih untuk hutang A, bermakna anda membayar RM300 pada hutang kad kredit A.

Dengan cara ini, dalam masa kurang 12 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu daripada hutang anda. Setelah langsai hutang A, gunakan RM300 itu untuk ditambah kepada pembayaran hutang kad kredit B. Ini menjadikan pembayaran ansuran hutang B meningkat kepada RM600. Gunakan teknik ini bagi hutang C pula dan seterusnya hutang D, E dan H.

Proses penyelesaian hutang kaedah ini dikenali dengan nama “snowball effect” yang bermaksud semakin ditolak semakin besar jadinya.

b) Bayaran ansuran hutang melebihi 20% pendapatan bulanan

Jika jumlah ansuran hutang bulanan (tidak termasuk ansuran bayaran rumah) melebihi 20% daripada pendapatan bulanan, maka langkah pembaikan segera perlu dilaksanakan. Kebiasaannya, anda akan menangguhkan bayaran balik hutang yang ada. Ini akan menambahkan lagi bebanan hutang kerana baki hutang akan meningkat disebabkan kadar bunga atau kos hutang bagi setiap pinjaman.

c) Kenal pasti kos hutang, ansuran dan tempoh bayaran balik.

Catatkan kos setiap hutang atau kadar pinjaman anda dengan terperinci. Kos hutang boleh didapati daripada surat tawaran bank atau dokumen daripada pihak syarikat guaman yang mengendalikan pembiayaan tersebut.

Jumlah ansuran pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pinjaman pokok dan bayaran faedah. Contohnya, ansuran bulanan rumah anda RM1,100, iaitu berkemungkinan RM400 digunakan untuk bayaran pokok, RM700 digunakan oleh pihak bank untuk membayar faedah bagi pinjaman tersebut.

Anda digalakkan untuk mendapatkan penjelasan tentang pengagihan ansuran ini daripada pihak bank pembiaya.

Kenal pasti tempoh hutang anda. Biasanya, lebih lama tempoh anda berhutang, lebih banyaklah faedah yang akan dikenakan. Rancanglah keperluan kewangan anda dengan teliti, pertimbangkan antara ansuran bulanan yang mampu anda bayar dengan tempoh pinjaman yang paling pendek. Buatlah keputusan dengan bijak.

Anda terkejut dengan jumlah hutang anda? Mungkin selama ini anda hanya mencongak dan tidak menyedari jumlah hutang yang anda tanggung setiap bulan.

Sumber : Buku Panduan Kewangan Peribadi dan Keluarga (Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir)/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 14/Jun 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button