Pelan Penyimpanan

Menabung : Azam Tahun Baru

Membuka tirai tahun 2017, ramai yang memasang azam baharu. Tidak kurang pula yang hanya ingin melunaskan azam tahun lalu yang tidak kesampaian. Namun setiap azam pastinya berdepan dengan cabaran yang tersendiri, termasuk jika anda berazam untuk menabung.

Artikel kali ini akan membantu anda untuk membuat tabungan dengan cara yang tidak ‘menyeksa’ diri. Saya ingin kongsikan cabaran yang telah menjadi tular di laman sosial, iaitu tentang cara menabung oleh Puan Norsharniza Abd Rahim, seorang guru dari Ipoh, Perak. Beliau menggunakan kaedah menyimpan wang dengan membuat jadual bagi melatih diri lebih berdisiplin. Idea yang beliau perolehi di luar negara telah diolah menjadi lebih praktikal bagi memudahkan proses mengingati jumlah duit tabungan yang disimpan.

Melalui jadual yang dikongsikan ini, anda perlu membuat tabungan secara mingguan atau bulanan dengan jumlah terkumpul yang bakal anda peroleh. Pada akhir tahun, anda tidak perlu mengira jumlah tabungan berkenaan kerana sudah tertulis jumlah yang terkumpul. Anda juga boleh menggalakkan anak-anak anda membuat tabungan bersama-sama. Ciptakan matlamat tabungan untuk anak-anak anda, seperti Tabung 1 – simpanan untuk membeli basikal, Tabung 2 – simpanan untuk membeli PS3 dan sebagainya.

Matlamat simpanan ini boleh dicapai sekiranya ia diiringi dengan usaha yang tiada jemu. Semuanya bergantung kepada sejauh mana usaha dan semangat untuk melaksanakan azam yang diinginkan.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 81/Januari 2017

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button