Pelan PelaburanPelan Penyimpanan

Manfaatkan Pengeluaran Simpanan KWSP Anda

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mewujudkan pelbagai jenis pengeluaran yang boleh dimanfaatkan oleh pencarumnya. Pengeluaran ini untuk membantu pencarum dalam menghadapi pelbagai keadaan dan tujuan. Antara jenis pengeluaran yang disediakan oleh KWSP adalah seperti berikut :

Pengeluaran Kesemua Simpanan (Akaun 1&2)

Jenis Pengeluaran Definisi Amaun Kelayakan Pengeluaran Pilihan Kaedah Bayaran
Pengeluaran Umur 60 Tahun Pengeluaran simpanan apabila ahli mencapai umur 60 tahun. (Peluasan kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun sedia ada selaras dengan umur persaraan minimum 60 tahun.) Apa-apa amaun pada bila-bila masa i. Kesemua / sebahagian ii. Bayaran bulanan iii. Kombinasi iv. Dividen Tahunan
Pengeluaran Umur 55 Tahun Pengeluaran simpanan apabila ahli mencapai umur 55 tahun. Apa-apa amaun pada bila-bila masa i. Kesemua / sebahagian ii. Bayaran bulanan iii. Kombinasi iv. Dividen Tahunan
Pengeluaran Hilang Upaya Pengeluaran simpanan bagi ahli yang tidak berupaya dari segi fizikal / mental / kehilangan keupayaan fungsi kekal untuk memperolehi pekerjaan. Kesemua simpanan berserta dengan amaun bayaran Bantuan Hilang Upaya (RM5,000) jika memenuhi syarat pengeluaran Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Meninggalkan Negara Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia. Kesemua simpanan. Dibayar sekali gus.
Pekerja Berpencen Penjawat awam yang telah diberi taraf pekerja berpencen. Kesemua caruman pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Kematian Pengeluaran untuk mengagihkan simpanan KWSP kepada penama / waris / Pemegang Amanah / Pentadbir Pusaka yang layak setelah kematian ahli. Kesemua simpanan berserta dengan amaun bayaran Bantuan Kematian (RM2,500) jika memenuhi syarat pengeluaran. Dibayar sekali gus.

Pengeluaran Sebahagian Simpanan (Akaun 2)

Jenis Pengeluaran Definisi Amaun Kelayakan Pengeluaran Pilihan Kaedah Bayaran
Pengeluaran Umur 50 Tahun Pengeluaran simpanan apabila mencapai umur 50 tahun. Kesemua / sebahagian simpanan. Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri. Amaun minimum pengeluaran RM50,000 dari Akaun 2 dan jika tidak mencukupi akan diambil dari Akaun 1. Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Pendidikan Pengeluaran simpanan untuk membiayai kos pengajian ahli / anak ahli di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara. Yuran pengajian / kesemua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah). Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Kesihatan Pengeluaran simpanan untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan. Kos perubatan sebenar / kesemua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah) Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Haji Pengeluaran untuk menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan kos keseluruhan Haji. Perbezaan jumlah kos Haji dengan baki simpanan akaun Lembaga Tabung Haji (LTH) ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mana yang terendah). Dibayar sekali gus.

Pengeluaran Sebahagian Simpanan (Akaun 2) – Untuk Perumahan

Jenis Pengeluaran Definisi Amaun Kelayakan Pengeluaran Pilihan Kaedah Bayaran
Pengeluaran Untuk Membeli / Membina Rumah Pengeluaran simpanan untuk membiayai pembelian / pembinaan sebuah rumah. (Harga rumah – jumlah pinjaman) + 10% harga rumah / kesemua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah) Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Untuk Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan Pengeluaran simpanan untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman secara individu atau bersama dengan ahli keluarga terdekat. Jumlah baki pinjaman perumahan / kesemua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah) Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Untuk Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Pengeluaran simpanan untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian/pembinaan rumah. Amaun Kelayakan Pengeluaran Jumlah baki pinjaman perumahan/ kesemua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah) Bayaran bulanan.
Pengeluaran Kesihatan Pengeluaran simpanan untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan. Kos perubatan sebenar / kesemua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah) Dibayar sekali gus.
Pengeluaran Perumahan Fleksibel Simpanan akan dihadang / diketepikan ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membantu ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli/membina rumah. Tiada amaun pengeluaran kerana simpanan dihadang di dalam Akaun KWSP. NIL
Pengeluaran Perumahan PR1MA Pengeluaran untuk membantu ahli memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) melalui hadangan simpanan Akaun 2. Tiada amaun pengeluaran kerana simpanan dihadang di dalam Akaun KWSP. NIL

Pengeluaran Simpanan (Akaun 1) – Untuk Pelaburan

Jenis Pengeluaran Definisi Amaun Kelayakan Pengeluaran Pilihan Kaedah Bayaran
Skim Pelaburan Ahli Pemindahan simpanan bagi tujuan pelaburan untuk membantu ahli meningkatkan simpanan KWSP. Maksimum sehingga 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1. Dibayar sekali gus kepada Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan.

Maklumat di atas hanya sebagai panduan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman sesawang www.kwsp.gov.my

Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button